Advertise Here

~{*MuJahiDaLQuluB*}~

- Another Blogger Blog's

Imam Mujahid menyifatkan jiwa sebegini:

Ia adalah yang sentiasa mengecam perkara yang telah lepas dan ia menyesal.
Oleh itu ia akan mengecam dirinya kerana melakukan kejahatan:
"Mengapa kamu lakukannya?"
Ia juga mengecam dirinya yang melakukan kebaikan"
"Mengapa kamu tidak memperbanyakkan?"

Dia akan mengingati zaman lalunya yang sekian lama dan yang  baru berlalu.
Dia juga mengingati maksiat yang dilakukannya.
Hatinya merintih pilu lantaran masa lalu yang hitam.
Sesalnya tidak terhingga
kerana dia telah mempersia-siakan waktu bukan pda melakukan ketaatan kpd Allah
Dia juga amat sesal
Kerana tidak menggunanakan waktu untuk mencari keredhaan-Nya
dan sedih lantaran menyerah diri dengan hiasan palsu syaitan.

Maka dia sentiasa berada dalam "mahkamah"
(menghakimi tindak tanduk dirinya)
bersama jiwanya yang mengecam tersebut.

Lantaran itu
Ia adalah jiwa yang sensitif dan hidup,
dapat merasakan mana yang elok dan mana yang buruk.

Petikan dari buku asas-asas Islam (2)
pg 511

Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi kita..Apa khabar dengan iman kita hari ini?Mungkin kadang-kadang kita rasa lemah,penat,futur dsb,tapi pernah tak kita terfikir kenapa hari  ini kita masih lagi mampu bernafas,masih lagi mampu tersenyum walaupun sebelum ni kita rasa sangat berat ujian yang pernah Allah turunkan pada kita?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Dalam sedar tak sedar kita sudah berada di pengakhiran tahun hijrah..Bulan zulhijjah terciptanya satu sejarah Islam yang sangat-sangat berkait rapat dengan pengorbanan..Ramai yang sudah disajikan dengan kisah nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya,Ismail,Mungkin ada di antara kita yang sudah fasih apabila berbicara tentang sirah-sirah nabi as.Tapi sejauh manakah penghayatan kita dalam sejarah ini?

Cuba kita hayati betul-betul sirah nabi Ibrahim as yang mana anak dan isterinya terpaksa ditinggalkan di tanah gurun yang kering kontang dan setelah nabi Ismail meningkat dewasa,diperintahkan pula menyembelih nabi Ismail.Subhanaallah..dari manakah kekuatan itu datang kalau bukan dari Allah,dari ketaqwaan dan ketaatan nabi Ibrahim as.

Secara jujurnya,saya memang tak pandai untuk bermadah dengan kisah-kisah sejarah.

SEBAB?

Dulu memang saya tak berminat dengan sejarah,apatah lagi nak belajar tentang sejarah..Bila kita tak belajar tentang sejarah,macam mana kita nak hayati sejarah itu..

“Sesiapa yang tidak membaca sejarah mereka tidak akan mampu mencipta sejarah”bacalah

Tapi sejak akhir-akhir ini saya rasa tertarik dengan seorang hamba Allah ni sebab setiap kali dia bercakap mesti dia kaitkan dengan sejarah..banyak kisah-kisah sejarah islam dijadikan contoh dalam perbualan.Bila kita dengar kita rasa kita dapat satu information yang logik sebab sudah terlakar dalam sejarah.

Kita semua tahu islam bukan sekadar melakar sejarah kemenangan tapi turut melakar sejarah kejatuhan.Apa yang kita perlu hayati di sini bukanlah destinasi sejarah tapi perjalanan sejarah.Bagaimana islam itu bolah menang dan apa faktor yang menyebabkan kejatuhan islam?Kalau kita betul-betul hayati,insyaAllah kita akan tahu apa yang perlu diteladani dan apa yang perlu disempadani.

Ok sahabat-sahabat seperjuangan hari ini marilah kita sama-sama minatkan diri kita dengan sejarah-sejarah islam..kita mulakan dengan sama-sama mempelajari,menghayati dan menyampaikan kisah sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim as sempena bulan Dzulhijjah ini.InsyaAllah apabila kita dah betul-betul hayati,barulah kita tahu apakah maksud pengorbanan yang sebenarnya..

Kalau kita faham betul-betul erti pengorbanan mudahlah kita untuk berhijrah dari di awal muharram nanti dan semoga terus istiqamah.Sebab setiap penghijrahan dan iatiqamah itu memerlukan pengorbanan.

p/s: Salam Aidil’adha dan Taqaballahu Minna wa Minkum~

"Ya Allah, jauhkanlah antara diriku dengan dosa-dosa sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah diriku dari dosa-dosa seperti mana bersihnya pakaian yang putih daripada kekotoran. Ya Allah, sucikanlah dosa-dosaku dengan air, salju dan air yang sejuk." (Daripada Abu Hurairah, Riwayat Bukhari & Muslim).

Terima kasih dik a sbb kongsikan doa ini sempena besday saya yang ke 21..sedar tak sedar dah 21 anak mama ni kan..Orang cakap hari lahir kita,kita boleh wish smething kan..tpi hnya izin Allah shaja wish kita akan termakbul..haa..kesempatan ni saya doakan semoga Allah sentiasa merahmati dan meredhai kepada sape2 yang wish besday.

Hari lahir kita,apa yang kita buat?Tertunggu2 wish daripada kawan2,keluarga atau siapa je?atau mengharapkan surprise party darpada roomate/kawan2?(thx to mus,safra n kawan2 for srprise party) atau kita telefon mak,ayah,abang,akak dan minta hadiah?

Tapi..pernah tak kita bagi something kat mak kita sempena hari lahir kita?hadiah ke?Kalau tak pernah apa kata hari lahir kita akan datang,kita telefon mak kta pastu kita ucap terima kasih kat mak kita sbb bersusah payah melahirkan kita dan menjaga kita sampailah hari ini mungkin kita masih lagi mampu mendgar “hepiery besday yang ke 21”

Pesan ayah..kalau boleh baca yassin 3 kali dan minta hajat dgn Allah..insyaAllah apa jua cara kita sekalipun,kalau kita sungguh-sungguh berhajat pada Allah,Allah akan tunaikan..Alangkah baiknya kalau malam hari lahir kita,kita cuba hidupkan satu pertiga malam dan mohon sesuatu yang terbaik untuk kita di dunia dan di akhirat..

148739_148069635239915_100001106388656_263153_5482163_n            pic from my luvly sis sempena my besday..tenkiu soooo muchh~

Macam mana keadaan kita waktu kelahiran kita?Ketika kelahiran ,kita menangis tetapi orang2 disekeliling kita tersenyum.Mungkin mak kta,ayah kita turut mengalirkan air mata tapi percayalah yang air mata itu membawa erti kegembiraan yang tak dapat digambarkan..Jangan lah persiakan orang yang benar-benar menyambut kelahiran kita hinggalah sampai satu tahap kematian kita,kita tersenyum dan orang2 di sekeliling kita pula yang menangis.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shaleh, dan orang-orang yang saling menasehati dalam kebaikan dan saling menasehati dalam kesabaran.”

(Al ’Ashr: 1-3)

Mudah-mudahan sepanjang hidup kita bukanlah dalam kerugian.biarlah kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan saling nasihat menasihati..sama-sama bermujahah di jalan kehidupan dan sama-sama menambah kebaikan dalam kebaikan..

 

Check out this SlideShare Presentation:
Khaifahaluk sahabat2 sekalian…


Sebelum jari-jemari ini menari di atas papan kekunci laptop,diri ini terfikir,mahukah kita menggantikan jari jemari ini dengan segunung emas?Sanggupkah kita? Dan mahukah kita gantikan selaut mutiara untuk digantikan mata,hidung kurniaan Allah..Sanggupkah kah kita?SubhanaAllah sungguh besar hikmah kejadianMu walaupun hanya selehai bulu mata.

Introduction di atas hanyalah sekadar satu renungan ataupun muhasabah diri kita.insyaAllah semoga kita tergolong dalam golongan yang bersyukur kepadaNya.

Ingat lagi tak satu slot dalam KETIKA CINTA BERTASBIH.Ibu Khairul Azzam tak bagi Khairul Azzam berkahwin dengan gadis yang tidur selepas subuh walaupun gadis itu sopan pakaiannya.Sahabat tak nak ke suami a.k.a Khairul Azzam??Apa-apa pun seperti yang kita selalu dengar,jdilah solehah dlu baru dapat yang soleh..

Tapi kalau kita tengok zaman sekarang,tidur selepas subuh seolah2 dah jadi trend remaja.Tapi adakah Islam, menggalakkan kita tidur selepas subuh?Waktu tidur yang paling kritikal ialah selepas subuh,waktu itulah kita mimpi pelik2,rasa waktu sekejap je berlalu..Sebenarnya itu semua hanyalah mainan syaitan..

"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

OK..Sekadar nak berkongsi beberapa tips bagi mengelakkan tidur lepas subuh..

Tidur Awal


Mungkin tips ini susah untuk kita amalkan terutama student.Sebenarnya maksud awal di sini bukanlah bukan 9 atau 10 pm..kalau boleh elakkan tidur selepas pukul 12.InsyaAllah waktu tidur yang cukup seorang student lebih kurang 5 jam.Tidur pukul 12 then bangun apabila masuk subuh.(kalau bangun sebelum subuh lagi bagus^^)kalau bangun awal boleh jgak nak study.insyaALlah time tu otak kita dalam keadaan tenang lagi. Mengikut kajian yg telah dijalankan, gelombang otak diawal pagi adalah stabil dan amat menyerupai gelombang bumi, iaitu gelombang alpha. Gelombang alpha adalah gelombang yg tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi, moderate dan tenang. Gelombang ini memberikan rasa keselesaan kepada otak dan apabila otak berada didalam keadaan ini, kita dikatakan berada dalam ‘alpha state’.


Al-Mathurat & Al-quran

Mungkin masa solat subuh,banyak kali kita menguap,mata pun asyik nak terpejam je.Qunut pun selalu lupa baca.Percaya lah semua itu syaitan yang memang tidak suka apabila hamba Allah sujud pada Allah.Lawan perasaan itu,lepas solat subuh terus amalkan bacaan al mathurat dan ikuti dengan bacaan al Quran(mgkin bca half page al quran pun da cukup untuk halau syaitan2 yang bergayut kat bulu mata)Kalau still ngatuk,berhenti sekjap bca,minum2 air dulu ke lepas tu sambung balik.

Makanan rohani

Entah-entah kita rasa mengantuk pagi2 ni sebab rohani kita tak cukup makan..Rohani dan iman kita masih lagi tidak kuat untuk melawan syaitan..Selesai je membaca al mathurat,terus mengadap computer dan layari internet sambil mendengar alunan al quran.Lagi bagus kalau pagi-pagi kita sediakan santapan rohani dan iman dengan membaca blog2 ataupun artikel yang bermanfaat.

Kemas rumah & hobi

Kadang-kadang tengah mengadap comp pun boleh mengatuk kan?kalau masih lagi mengatuk,pergi ke tempat tidur tapi jangan baring,tapi lipat selimut kemas2 dan tegangkan katil biar kita sendiri rasa sayang nak tidur balik.Kalau kita tengok mak2 kita,apa yang dia buat pagi2..biasanya mereka akan basuh,jemur dan lipat pakaian,sapu2 sampah..haa apa kata kita pun buat mcam mak2 kita..kemaskan rumah(kiranya senaman kecil dalam rumah la ni)..insyaAllah take time jugak kemas rumah ni,nanti sedar2 je kat luar rumah mr sun dah tersenyum kat kita.kalau rasa malas2 nak kemas rumah,buat je apa2 yang kita suka(mksdnya hobi kta)tapi jangan tidur pulak @ wat apa2 yang xberfaedah..:)

Sarapan

Jangan lupa untuk bersarapan sebab dah alang-alang kita tak tidur lepas subuh.Sebelum sarapan,minum segelas air suam..insyaAllah kita akan segar..Lagi bagus kalau kita masak sarapan pagi..biar semangat sikit pagi-pagi ni..

Mandi

Walaupun tips mandi ini last tapi tips ni la paling penting untuk elakkan tidur selepas subuh.. Sebab kita semua tau hikmah islam menggalakkan umatnya mandi ialah dapat segarkan badan dan elakkan penyakit..kita boleh pilih bila kita nak mandi tapi jangan lah terlalu lewat sangat.kalau kita mandi selepas subuh,apa kata selepas mandi terus berwudhuk dan solat sunat dhuha.

Bangun tidur+santapan rohani+bersenam+santapan jasmani+mandi=have a nice day^^
Comments: (0)
Alhamdulillah usrah minggu lepas,seorang sahabat berkongsi satu peringatan tentang sunnah Rasulullah saw..pernah tak kita terfikir kenapa masuk tandas dimulakan dengan kaki kiri dan keluar dgn kaki kanan.katanya kaki kanan kita sebenarnya lagi kuat dari kaki kiri.tandas kan licin,kalau kita masuk dengan kaki kiri,kalau ditakdirkan kita tergelincir,mesti kita jatuh ke belakang sbb kaki kanan seolah2 menarik kaki kiri drpd jatuh..begitu lah sebaliknya kalau kita keluar tandar dgn kaki kanan,insyaAllah kita tergelincir ke dalam tandas.kalau tandas bersih xpe la kan,kalau kotor?



Saya pun dgn semangatnya bercerita lah dekat seorg kwan tentang hebatnya sunnah rasulullah ni..pada sebelah petang,sejurus kawan saya keluar dari tandas,dia hampir2 tergelincir ke depan..Subhanallah saya tengok memang dia keluar dengan kaki kanan dan dia hampir tergelincir ke depan..

“Ya Allah,nasib baik keluar dgn kaki kanan,”

“Eh saya keluar dgn kaki kanan ea?betullah apa yang awak cakp td,”

“owh..kiranya tadi tak percaya la ea?”Tanya saya ttba terfikir kenapa dia tak percaya dgn apa yang diajarkan rasulullah..

“bukan tak percaya,Cuma baru yakin,”jawabnya sambil tersenyum..

Barulah saya faham kenapa zaman sekarang,ramai yang Islam tapi berapa ramainya yang betul2 ikut ajaran Islam yang sebenarnya..Rupanya dikalangan kita ada yang percaya tentang islam tapi tidak yakin..Malah ada yang memperlekehkan sunnah Rasulullah.SubhanaAllah tidak cukupkah bukti2 kebesaran Allah ciptakan untuk membuatkan kita berfikir dan menambahkan keyakinan kita?Kita semua pun dah tau yang setiap ketetapan Allah pasti ada sebab dan hikmahnya..

Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka
::38:27::

Apa yang menyebabkan kita masih lagi seolah-olah tiada perasaan takut apabila melakukan dosa ataupun maksiat walaupun kita percaya wujudnya Allah dan kita percaya tibanya hari perhintungan?
Mungkin sebab kita sekadar percaya tapi tidak yakin dengan seyakin-yakinnya dengan janji-janji Allah..
Sejauh mana pun ego kita,kehebatan kita,kita pasti tidak terlepas dgn janji Allah..


::surah At Takaatsur::
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu(1)
sampai kamu masuk ke dalam kubur(2)
Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu)(3)
dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui(4)
Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin(5)
niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim(6)
kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).(7).









Comments: (0)
"Kringgg!!!"
Jam loceng berbunyi. Sekejapnya waktu berlalu. Terasa macam baru sahaja aku melelapkan mata. Tidur sekejap lagi la, awal lagi ni. Eh... tak boleh. Nanti tak terjaga macam kelmarin.
Aku bangun, duduk menyandar ke dinding. Berat pula kain selimut ini. Tak terdaya aku mengangkatnya.

Aku kembali ke pangkuan bantalku. Hati membisikkan segugus peringatan tapi akalku liat sekali mengarahkan otot-ototku bergerak.

Tidak senang dengan hambatan hati, aku lantas bangun menuju ke bilik air. Mataku masih dipejam. Tanganku meraba-raba dinding mencari arah.

Aduh! Sakitnya. Tidak semena-mena kepalaku terhantuk pada bucu dinding bilik air. Sakitnya menyengat. Ikutkan hati, mahu sahaja aku tendang dinding itu. Mujur kakiku tidak kebal.

Pili air dibuka perlahan. Air sejuk yang terpercik ke kaki membuatkan bulu romaku meremang. Aku berwudhuk sambil menggigil kedinginan.

Kenapa tiba-tiba aku rasa malas berbakul-bakul ni? Aku duduk sebentar di atas sejadah. Entah apa yang berkejaran dalam kampus fikiranku. Aku menoleh lemah ke arah jam dinding.

Setelah aku menguap tiga empat kali, baru aku bangun menunaikan solat Subuh.

.........................................................

"Abang Din dapat anak perempuan," kata abah setelah meletakkan gagang telefon.

"Isteri dia dah bersalin?" Dik Ya tercengang.

"Orang dah cakap dapat anak, boleh pula dia tanya macam tu. Ish... ish... ish... teruk betul." Aku sengaja menyakat. Itulah rutin wajibku di rumah.

"Cepat bersiap, kita bertolak ke Alor Setar lepas sarapan pagi."

"Uh? Perlukah? Lepas Zohor ye abah, adik mengantuk ni."

"Macam la dia yang nak memandu, lesen sekeping pun tak ada. Kihkihkih..." Sasaranku mengena. Ada segugus kepuasan dalam hatiku bila melihat Dik Ya mencebik.

"Mak, masak tengah hari dulu ye sebelum keluar, gaji Abang Chik tak masuk lagi. Sayang mak."

"Semua ikut, Pak Long satu keluarga selalu ziarah kita, kita ini pergi tengok dia tak pernah cukup kuota."

"Tapi Abang Chik dah janji dengan..."

"Abah kata semua ikut, semua ikut."

Anak dah besar panjang pun nak diheret ke sana-sini. Bukannya Kak Zai bersalin anak sulung pun, dah masuk anak ketiga.

Kalau pergi dapat duit tak apa, ni sahih aku juga yang kena bayar duit tol dan duit minyak. Ish.... Leceh betul.
.............................................................

Abah mesti nak bermastautin berjam-jam lagi kat sini. Bahang kebosanan sudah mula melambai-lambai.

Hari cuti yang indah lagi permai ini, kalau bersemayam atas sofa gebu sambil tengok 'movie'. Tak pun main 'game' kesayanaganku itu, aduhai, alangkah nikmatnya.

"Debabnya si kecil ni. Comelnya dia. Berapa berat dia, Kak Zai?"
"3.3 kilo. Geram kan tengok pipi dia?"
"Ya."

Apakah hari ini aku ditakdirkan untuk mendengar omongan kosong kaum hawa? Itu comel, ini comel. Entah apa yang tak comel pun aku tak tahu. Bayi itu biasa je aku tengok.

"Betul kan Abang Chik?"
"Ya...Eh... Apa yang betul?"
"Tadi Abang Chik cakap nak belanja semua orang makan kan?" Dik Ya mengangkat-angkat keningnya. Suka hati mungkin dapat mengenakan aku. Ya Allah, perempuan ni betul-betul mengikis kesabaranku.

Orang dalam rumah ni bukan sikit. Terkikis poketku nanti. Dik Ya ni, kalau nak kenakan orang tu, cuba jangan libatkan duit.

Tak apa... ada ubi ada batas, ada hari pasti aku balas. Walaupun sebenarnya aku yang mula memulakan agenda ini. Huhu.

"Din kalut pagi tadi, lupa langsung bab makan. Selalu Zai yang uruskan hal-hal rumah ni."

"Pak Lang rasa baik pergi beli barang masak sendiri. Mak Lang kamu ada ni, boleh dia masakkan. Kalau nak makan di kedai, nanti separuh di rumah, separuh di kedai, makan pun tak seronok." Abah memberi buah fikiran bernas.

"Betul tu. Pak Long keluar pergi beli barang sekejap ye." Bagus tu, Pak Long. Syukur, Alhamdulillah... selamat duit aku.

"Dik Ya, ikut Pak Long tolong angkat barang."

"Haa. Jom, Firdaus. Rasanya nak kena pergi Giant, pasar pagi dah tutup ni. Pak Long bukan pandai sangat beli barang kat Giant tu."

Aik. Rasanya aku sebut 'Dik Ya' tadi. Tak pula aku 'offer' nak ikut. Apa yang susahnya beli barang kat Giant tu, lepas ambil barang, bayar je di kaunter.

"Letih la Pak Long, memandu jauh tadi. Nah, kunci kereta Abang Chik." Aku menghulurkan kunci kereta kepada Dik Ya.

"Hahaha. Takut mati dia ni Pak Long, sebab tu sampai sekarang tak ambil lesen."

"Kamu la yang ikut. Takkan nak suruh perempuan angkat barang. Jom, jom. Kita naik motor saja."

Motor? Honda 70? Dah la kena ikut orang antik, takkan nak naik motor antik juga.
..........................................

Masuk shopping mall dengan orang tua berbaju teluk belanga dengan kain pelikat lusuh, dan lengkap berserban. Boleh laa. Gaya 'evergreen', lain dari yang lain.

Badan gempalnya yang sedikit membongkok, wajahnya yang penuh kerut, matanya yang merenung untuk melihat tepat, dan langkah kaki tuanya yang sedikit berjengket itu mencuit hatiku.

Hampir saja aku ketawa dengan tingkah lakunya. Bagaimana agaknya rupa aku bila sudah tua nanti?

"Apa nak jadi budak-budak sekarang ni? Tak malu sungguh." Pak Long menggeleng-gelengkan kepala. Suaranya yang agak kuat membuatkan anak remaja itu menjeling.

Malunya aku. Kalau ye pun nak tegur orang, tak payahlah kuat macam tu. Jatuh 'standard ke-macho-an' aku.

"Firdaus ada tak bercinta-cinta macam ni?"

"Eh, tak ada. Firdaus budak baik."

"Budak apanya. Boleh jadi bapak budak dah. Kalau berkenan kat sapa-sapa, ajak nikah terus. Jangan dok berkepit-kepit lagu ni." Aku juga yang kena.

Budak-budak ni pun satu, kalau nampak orang tua, hormat la sikit. Jangan la peluk-peluk, pegang-pegang. Aku yang tak bersalah ni juga yang terpaksa menahan panahan kata-kata.

"Kalau duit tak cukup, macam mana nak ajak nikah, Pak Long."

"Duit sampai ke tua pun takkan pernah cukup. Kita ni mana la pernah puas dengan hidup. Sentiasa nak lebih dan lebih lagi. Orang ada Waja, kita nak Mercedes. Semua perkara jadi dengan ketentuan Allah. Kalau Allah dah izinkin rezeki kita kurang, mesti ada maksud tersirat. Kita tak boleh mengeluh, pura-pura tak tahu yang Allah izinkan sesuatu itu berlaku pada kita."

"Ya... Betul." Bila agaknya orang tua ni nak berhenti berceramah. Kalau tak cukup duit, tak nikmat la hidup ni.

"Bila nak buat ibadat, jangan berlengah-lengah. Allah cipta manusia tak lain tak bukan untuk buat ibadat. Itulah sepatutnya tujuan hidup seorang hamba. Bukan untuk berseronok dengan duit."

Berlengah-lengah je pun. Lebih baik daripada tinggalkan terus. Buat cukup syarat tu pun kira okey apa.

"Bandingkan diri kita dengan orang yang lebih baik, barulah kita selalu merasa tak cukup beribadat. Kalau nak dibandingkan dengan orang yang nyata kurang baik, tak ada maknanya."

Langkahnya terhenti. Digenggamnya erat bahuku.

"Kalau hidup nak bermaksiat macam ni, tak berguna kita hidup. Asyik buat kerja haram, dosa pun bertambah dalam." Matanya yang redup menangkap kemas pandanganku.

"Pak Long sedih la Firdaus oii. Rasa ibadat selama ni tak cukup untuk bekalan akhirat. Entahkan diterima, entahkan tidak. Pak long dah tua, malaikat maut standby nak ambil nyawa."

Selama hayat dikandung badan, tidak pernah pula aku fikirkan apakah ibadatku diterima di kaki langit. Memikirkan maut yang akan merenggut masa percubaanku di dunia jauh sama sekali.

Apakah aku terlupa tuhanku selalu memerhatikanku dari atas sana? Atau apakah Dia sudah berpaling dari diriku ini?



"Maut pun standby tepi orang muda juga, Pak Long. Tak ada siapa tahu bila malaikat Izrail nak jemput."

"Kalau waktu boleh diputar balik, teringin nak kejar masa beribadat siang malam. Dulu asyik sibuk dengan dunia lebih dari sibuk dengan Allah. Astaghfirullah..." Istighfarnya diiringi sendu mata yang mula bergenang.

"Dunia kita palsu, Firdaus. Dunia hanya menipu waktu."

Dunia hanya menipu waktu? Ya Allah, apa yang telah aku buat dengan waktuku? Aku juga lebih sibuk dengan dunia berbanding dengan-Mu. Aku lebih pentingkan wang daripada sedekah.

Aku lebih menatap televisyen daripada kitab-Mu. Lebih mengeruhkan hati daripada membersihkan jiwaku. Kata yang sia-sia melebihi tasbih kepada-Mu.

Sungguh aku lebih menghias rumahku daripada menghias kuburku. Luaskah atau sempitkah kuburku nanti? Andai kata Izrail mencabut nyawaku ketika ini, apa agaknya nasibku di alam sana? Alam terputusnya segala amalan. Alam perhitungan.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Dua kenikmatan yang sering membuat manusia tertipu ialah sihat dan waktu kosong." (Riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas)





Comments: (0)

Album : Motivasi Untuk Semua
Munsyid : FINE




Semalam aku kegelapan
Dipenuhi dengan kegagalan
Diselubungi dengan kealpaan
Itulah diriku

Dan kau hadir dalam hidupku
Di saat ku memerlukan dirimu
Kau merubah segala-galanya
Kearah kehidupan yang bermakna
Dikaulah temanku

Kaulah temanku sentiasa menemaniku
Tika ku duka tika ku bahagia
Kaulah temanku kau penyeri hidupku
Kau warnaiku hinggaku berjaya
Kaulah temanku…

Segala pengorbananmu
Akanku balasnya dengan kejayaanku
Moga kau bahagia di samping redhaNya
Akan ku doakan agar kau bahagia selamanya

Kaulah temanku kau penyeri hidupku
Kau warnaiku hinggaku Berjaya

Kaulah temanku sentiasa menemaniku
Tika ku duka tika ku bahagia
Kaulah temanku kau penyeri hidupku
Kau warnaiku hinggaku berjaya
Kaulah temanku…

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting.

Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu."

Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar.

Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."

Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis.
Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis.

Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok.
Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"


Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.
Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup".

Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa.

Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."
Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata.
Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"
Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis.
Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya."

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri.

Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.
Tetapi, orang tidak akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.


Just because the past is painful, Doesn't mean the future will be. So never let events from the past,
Change the events for future, or You will be miserable forever…

iluvislam.com
Comments: (0)
Sejak zaman persekolahan lgi,ada kawan2 ceritakan msalah mereka yang mereka rasakan diri mereka hipokrit sebab apabila berada di asrama,di sekolah atau di mana2 yang jauh dari keluarga,mereka dapat merasakan yang ibadah,akhlak n etc mereka terjaga..contohnya klau di asrama aggota bdan kita seolah-olah ringan je untuk solat berjemaah,solat di awal waktu,puasa sunat.tapi apabila cuti je,blik rumah terus semuanya terhenti atau atas nma lain tidak istiqamah...
Kenapa yerk?
Cuba kita tanya diri kita,iman kita apa sebenarnya niat kita ketika melakukan kebaikan?Kerana pujian,kerana kawan ataupun takutkan kritikan?Niat yang paling utama ialah kerana Allah,insyaAllah Allah akan sentiasa pegang hati2 hambaNya yang melakukan kebaikan kerana Allah.
Sebenarnya persekitaran juga sangat memainkan peranan yang besar..mungkin apabila di asrama kita memang sudah didedahkan dengan persekitaran yang baik..mungkin kta ditakdirkan mendapat kawan2 yang baik sebab itu dalam kita tak sedar kita sendiri melakukan kebaikan.tapi apabila balik di rumah,tiada apa2 yang mempengaruhi kita untuk melakukan kebaikan.Sebab itu kita yang kena kuat dan kita yang kena hidupkan rumah kita dengan persekitaran yang baik..
balik je rumah,terus nekad untuk solat awal,jgan tangguh2..kalau sekali kita tangguh mungkin sepanjang cuti kta akan rsa liat untuk solat awal.Lepas solat terus baca al quran n etc..kekalkan ibadah atau amal kebaikan kita.biar samapi satu tahap yanga  family kita yang akan terpengruh dgn kita..apabila kita dah nmpak persekitaran rumah kita dah makin berubah,msa tu kita cuba ajak mereka berjemaah..bgi yang perempuan ajak berjemaah di rumah dan lelaki ajak mereka ke masjid..isnyaAllah semuanya akan jdi mudah sebab rumah kita sudah ada sinaran iman..~
 sebenarnya perasan malas itu hanyalah satu godaan syaitan.Kalau kita tak mampu untuk lawan bermakna kita tewas dengan ujian Allah.
Ibadah yang sedikit tapi istiqamah lebih baik daripada banyak tapi tak istiqamah...
insyaAllah untuk berubah byak dugaan yang perlu kita hadapi~
so be strong=)
Rejab sudah berlalu dengan kehadiran Syaaban yang sudah hampir kepertengahannya, bagaimana persediaan kita menghadapi dan melakukan sedikit perubahan demi perubahan untuk menghadapi bulan Ramadan Al-Mubarak?

Dalam menghalusi pengertian Syaaban sebagai bulan yang amat di sukai dan disayangi oleh Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassalam, apakah intipati yang dapat kita tonjolkan daripada apa yang telah di sabdakan oleh Junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassalam, sabda Baginda seperti yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah Radiyallahuanha, ‘kelebihan bulan Syaaban daripada bulan-bulan lain adalah seperti kelebihan ku diatas segala umatku.’

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri Masjid dan Surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke Masjid dan Surau pada malam Nisfu Syaaban sahaja atau hanya pada malam-malam tertentu yang mempunyai kelebihanya tersendiri? tidak pada hari-hari lain dalam bulan-bulan Islam yang lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri dan bagi Muslim yang bertakwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah Subhanahuwata’ala sediakan pada bulan-bulan tersebut.

Muslim yang cemerlang tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah .Dia akan sentiasa istiqamah dan iltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah Subhanahuwata’ala pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah Subhanahuwata’ala kelak..

Di samping itu, terdapat juga himpunan Hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, dan kelebihan malam Nisfu Syaaban serta keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Namun, kebanyakan Hadis itu adalah Hadis Daif menurut pandangan Ulama. Walaubagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat Hadis Daif boleh dipegang dan diguna pakai dalam amalan sunat secara perseorangan.

Pada Syaaban ini, umat Islam dianjurkan lebih mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala dengan meningkatkan Amal Soleh dan memperbanyakkan Ibadat. Tidak ada Hadis diriwayatkan berkaitan dengan amalan dan bacaan doa tertentu pada pertengahan Syaaban mencapai taraf Hadis Sahih. Menurut mereka, tidak ada satu pun Hadis Sahih yang membicarakan mengenai malam Nisfu Syaaban dan amalan yang dianjurkan pada malam itu.

Berdasarkan amalan biasa dilakukan umat Islam di Malaysia iaitu amalan membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali dan juga bacaan doa khusus ( dibolehkan) tetapi tidak menepati dalil Syarak sama ada Dalil Manqul (bersumberkan al-Quran dan hadis) atau Ma’qul (bersumberkan pendapat Ulama Mujtahidin yang muktabar ) untuk mengamalkan begitu. Perkara diatas perlulah diambil perhatian supaya dalam kita berlumba-lumba untuk mencari keberkatan dalam bulan Syaaban ini sebagai persediaan datangnya Ramadan,janganlah sampai kita mengabaikan perkara-perkara yang boleh membawa kepada hukum yang tidak biterima oleh syarak.
Menurut Prof Dr Yusuf Al-Qardawi dalam kitabnya Al-Fatawa, kandungan doa, itu secara umumnya adalah permohonan supaya ditetapkan sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki bersesuaian dengan segala kebaikan.

Maksud doa itu berdasarkan firman Allah Subhanahuwata’ala : Ertinya,
Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan)(Surah al-Ra’ad , ayat 39).

Wahai sekelian muslim, berdoalah dengan sewajarnya mengikut ketetapan syarakdan seterusnya doa yang kita pinta kepada Allah Subhanahuwata’ala akan diberi perhatiandan dimakbulkan oleh Allah Subhanahuwata’ala, InsyAllah.

Sama-samalah kita panjatkan kesyukuran dan doa kepadaNYA.moga Sya’aban ini menjadi penguat dan persedian kepada ibadah kita pada Ramadan yang mendatang.Amin. . seperti doa pada bulan Rejab yang lepas.. kita panjatkan doa yang sama..moga Allah Subhanahuwata’ala akan memberi keberkatan pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan lah kita semua berjunpa bulan Ramadan Al-Mubarak.

dipetik..http://www.ypkdt.org.my/
Jauh Perjalanan,
Telahku Jelajahi,
Membawa seribu impian,
Berbekal pengalaman.

Mampukah aku melangkah,
Menuju satu daerah,
Masihkah ada,
Sinar yang menanti.

Masa djanji pasti tiba,
Ku kan dijemput ke sana,
Bimbang langkahku terhenti,
Ku terpaut di persimpangan.

Tak inginku mengingati,
Detik hitam semalam
Tinggallah semua,
Jadi kenangan.

Keranamu kan ku gagahi,
Untuk terus sisa hidup ini,
Biar ku tebus segala dosa,
Selagi jasad bernyawa.

Leraikanlah rasa hatiku,
Padaku hanya engkau yang satu,
Belum pernah ku terasa,
Hebatnya cintamu.

Sungguh kau lebih mengerti,
Apa tersirat di dalam diri,
Ku mohon rasa kasih,
Yang abadi.

Jujur ikhlaskah hati ini,
Menyintaimu sepenuh hati,
Ataukah sekadar bila diuji,
Rahmat dan kasihmu tiada sempadan,
Biarpun jiwa dalam kelalaian,
Dihasut dengan pelbagai godaan.
Comments: (0)
yesterday i got diz msg from someone~

Temanku,
Kau tidak bodoh andai engkau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu disisi-Nya,
Jika engkau redha,sabar dan terus berusaha
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga~

and diz msg is also special to all my frnx ....gud lark exam sumer2!!!
Kak Fara baru tiba di rumah. Dia baru pulang dari rumah Tok Leha, berdekatan dengan jambatan tasik bekas lombong di hujung kampung. Dia membantu Tok Leha di situ secara sukarela untuk mengajar budak-budak kampung mengaji al-Quran dalam tempoh cuti semester pengajiannya di universiti.


Kak Fara nampak benar-benar kelelahan. Wajahnya dimamah lesu sehingga kelopak matanya terbuka layu. Bajunya lencun bermandi keringat. Kak Fara buru-buru masuk ke bilik, sejurus kemudian keluar semula membawa tuala mandi dan terus masuk ke dalam bilik air.

Burr! Burr!

Curahan air berdebur menimpa lantai betul-betul jelas di telinga adiknya, Farid yang berusia 15 tahun. Kak Fara mandi? Eh, bolehkah mandi pada waktu ini? Kak Fara tak takut kurang pahala puasa? Soalan - soalan itu menerjah kotak akal Farid.

Tiba-tiba emak muncul dari dalam biliknya. Dia terpinga-pinga sambil anak mata memanah pintu bilik air.
"Kakak engkau mandikah, Farid?" soal emak sambil matanya membutang merenung Farid. Farid mengangkat bahu. "Apa kena kakak engkau ni? Kan makruh mandi siang-siang hari ni." Emak mengomel sambil menapak ke bilik air. Dia berdiri betul-betul di hadapan pintu itu sambil tangan memalu keras.

Dum! Dum! Dum!

"Fara,kau mandikah?"

"Ya, mak," jawab Kak Fara sambil terus menyiram tubuh. Kak Fara seperti dapat menerka apa yang berlegar-legar dalam fikiran emak. Selepas dua, tiga kali mencedok air, dia berhenti. Kak Fara tersembul di muka pintu dengan berkain batik dan tuala menutup tubuh.

"Yang kau mandi waktu dah nak dekat senja ni kenapa, Fara? Kan makruh. Tak takut batal puasa?" Emak bercekak pinggang. Dia memang pantang kalau anak-anaknya berbuat sesuatu menyalahi dasar pegangan dan amalannya selama ini.Kak Fara sekadar mengukir senyum. "Tak apa, mak. Tak batal puasa.

Makruh pun tidak. Fara mandi sebab terlalu letih dan dahaga. Fara rasa badan ni kering saja. Lepas ni Fara nak goreng cempedak pula. Bila terkena bahang api, tentu lagi letih rasa badan ni. Jadi, Fara mandilah."

Kak Fara merenung emak, lalu memandang pula kepada Farid.

"Kalau termasuk air ke dalam telinga, bukankah akan terbatal puasa?" balas emak.

"Tak batal, mak. Sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan tidak akan batal." Kak Fara menjawab yakin.

"Tapi, kak. Bukankah mandi selepas matahari sudah tinggi atas kepala itu hukumnya makruh?" Farid tidak puas hati.

"Boleh, dik. Tak makruh pun. Kurang pahala puasa pun tidak. Sebabnya, Rasulullah sendiri pernah mencurahkan air ke atas kepala baginda sewaktu bulan puasa lantaran terlalu haus dan panas. Tak ada ayat al-Quran atau hadis yang menyebut makruh atau kurang pahala puasa. Dik, Islam tu rasional. Kita boleh mandi untuk tujuan mengembalikan kesegaran dan mahu meneruskan pekerjaan lain. Mungkin jika tidak mandi, badan kita terlalu lesu dan hanya mahu terbaring. Islam itu tidak suka umatnya hanya terlantar di katil dalam keadaan lemah 24 jam!"

Kak Fara turut membacakan terjemahan hadis yang menyebut tentang keadaan Rasulullah mencurahkan air ke kepala baginda itu. " Abu Bakar bin Abdul Rahman meriwayatkan: Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: Aku melihat Rasulullah SAW di al-'Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Malik, Ahmad dan Abu Daud."

Farid mengangguk-angguk mendengar penjelasan Kak Fara. Dia bertambah yakin setelah Kak Fara mengemukakan hadis. Sebab setahunya, hadis itu merupakan suatu hujah atau dalil yang kuat selepas al-Quran.
Farid menoleh melihat emak. Emak mendengus marah. Setahu aku, memang tak boleh mandi bila matahari dah tegak atas kepala. Makruh! Bukan aku yang kata, tapi Ustaz Deraman yang kata. Dia orang alim yang kaya ilmu, tentulah kata-katanya itu betul. Yang kau ni, baru saja aku hantar ke universiti, dah berlagak pandai nak ubah macam-macam!" Emak memicit kepala seraya berlalu ke dapur.

Farid kembali bingung. Jawapan Kak Farakah yang betul atau emak yang salah? Dia mencerlung kakaknya itu, menagih diuraikan kekeliruan yang berselirat.

Kak Fara seperti memahami erti tagihan pandangan Farid. "Dik, al-Quran dengan al-Sunnah atau hadis, yang mana lebih tinggi autoritinya?"
"Al-Quran."
"Al-Sunnah, dengan maksud kata-kata Nabi, mana lebih tinggi kepercayaannya berbanding kata-kata sahabat?"
"Kata-kata Nabi, kak."
"Jadi, kata-kata Nabi dengan kata-kata ustaz biasa?" Kak Fara tersenyum. Farid juga turut mengulum senyum. Dia sudah mendapat jawapan.



2
SAHUR itu satu rumah terlewat bangun. Berbaki 10 minit sebelum bermula waktu imsak. Emak hanya meneguk air kosong dan menjamah Kurma Maryami. Ayah pula sempat mengepal nasi sejuk lalu dikunyah dengan sedikit telur dadar semalam. Farid melihat Kak Fara mencapai pinggan, lalu disenduknya nasi putih sejuk bersama-sama dengan kuah asam pedas ikan pari. Farid mengikut telatah kakaknya meski dia tahu waktu imsak hampir tiba.

"Eh, yang kau berdua makan nasi ni kenapa? Dah tak sempat ni. Lagi 5 minit saja tinggal. Mana sempat nak habiskan nasi tu," tegur emak. Ayah hanya mengerling sahaja sambil menghirup kopi pekat yang sempat dibancuh oleh emak.

Farid memandang Kak Fara. Kak Fara perasan itu. Sambil mengunyah, Kak Fara cuba menjelaskan. "Boleh, mak. Waktu imsak seperti yang tertulis dalam takwim solat tu hanyalah sebagai garis panduan agar kita sedar waktu sahur sudah hampir habis. Tapi yang sebetulnya, waktu sahur hanya akan tamat setelah masuknya subuh. Jadi, kita boleh makan selagi belum masuk waktu subuh, mak."

"Apa kau merepek ni? Takwim tu dikeluarkan oleh orang yang ahli. Jangan kau nak memandai-mandai mengubah hukum," marah emak.

"Saya tak merepek, mak. Saya juga tak mengubah hukum. Buktinya, Allah sendiri telah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 187: Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih daripada benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai ( datang ) malam. Di samping itu, baginda Nabi juga telah bersabda: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar. Kedua-dua dalil ini menunjukkan bahawa kita boleh makan dan minum selagi mana belum tibanya waktu fajar, iaitu subuh." Kak Fara berhenti mengunyah.

"Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah juga pernah bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya, iaitu, boleh teruskan minum," tambah Kak Fara.

"Oh..." Ayah melopong mulut mendengar penjelasan Kak Fara. "Mah, ambilkan abang kuih seri muka dalam peti ais tu," pinta ayah kepada emak. Emak mencuka memandang ayah. Tetapi dia memotong juga kuih seri muka dalam pelengat untuk ayah.
Kak Fara dan Farid saling berbalas senyuman.

3

PINTU bilik diketuk perlahan. Kak Fara memulas tombol pintu biliknya. Farid di muka pintu. Matanya kemerah-merahan dan sembab.

"Baru bangun tidur ya?" Kak Fara meneka. Farid angguk.

"Ada apa ni?"

"Nak tanya kakak. Boleh tak gosok gigi waktu tengah hari macam ni? Farid bangun tidur, nak sembahyang. Rasa tak sedap pula dalam mulut selepas bangun tidur." Matanya masih terpisat-pisat dihurung sisa kantuk.

"Boleh, adikku. Rasulullah sendiri menggalakkan umatnya supaya bersiwak atau bersugi setiap kali hendak berwuduk, malah tidak terdapat larangan dalam al-Quran atau hadis tentang bersiwak pada bulan Ramadhan. Jadi, memang bolehlah memberus gigi pada bila-bila masa, terutamanya ketika hendak berwuduk, dik." Farid mengangguk perlahan mendengar penjelasan yang memuaskan hatinya.

"Eh, dik. Lepas asar temankan kakak pergi pekan sekejap ya. Nak beli ramuan untuk buat kuih raya," pinta Kak Fara.

"Okey. Kita pergi dengan kereta ayah ya, kak?"
Kak Fara mengangguk.

Usai solat asar, Kak Fara dan Farid ke pekan yang sedikit jauh dari kampung tempat tinggal mereka. Pekan berdekatan terlalu kecil dan tidak banyak barang-barang pilihan. Kebetulan, keadaan pekan pada waktu itu sangat sesak lantaran bertembung dengan orang yang baru pulang dari pejabat. Mereka hanya sempat berbuka puasa di dalam kereta dengan Kurma Iran yang dibeli oleh Kak Fara.

"Dik, kita terus ke masjid ya," unjur Kak Fara.



"Eh, kan kakak tak bawa telekung. Tak nak balik rumah dulu?"

"Tak payahlah. Dah lewat ni. Nanti terlepas pula waktu maghrib," Kak Fara terus membelok ke kawasan masjid berdekatan.

Setelah berwuduk, Kak Fara pergi ke almari telekung di penjuru masjid. Tidak ada. Semuanya sedang digunakan oleh para jemaah wanita yang hadir. Mereka sedang menunggu masuknya waktu isyak untuk bersama-sama bersolat isyak dan tarawih berjemaah. Kak Fara lantas menyarung stoking bersih yang sering dibawa dalam beg tangannya. Pergelangan tangan dikancing dengan butang agar tidak terbuka. Kerongsang kecil dilekatkan di belakang tudung bidang 60 yang dipakainya supaya tudung itu tidak terselak dan melurut ke tengkuk ketika sujud. Dia lalu mengangkat takbiratulihram.

Kelihatan banyak mata yang memandang aneh melihat Kak Fara bersolat tanpa telekung khas sembahyang. Dalam hati mereka, Kak Fara mungkin pengikut mazhab yang lain. Malah ada yang berfikiran, Kak Fara membawa bid'ah.

"Bolehkah sembahyang macam tu? Tak tutup sempurna," bisik seorang wanita yang sudah lanjut usia.

"Entah. Nak sembahyang, mestilah pakai telekung sembahyang. Tak sah sembahyang dia tu." Bisik seorang yang lain.
Selesai berdoa, Kak Fara tiba-tiba dikuit oleh seorang wanita yang agak gempal dan hitam manis. Wanita itu bersalaman sambil tersenyum mesra.

"Anak dari mana?" soalnya.

"Dari pekan tadi. Kebetulan, sesak pula di jalan. Tak sempat sampai rumah. Ini pun cepat-cepat singgah sini nak sembahyang, takut terlepas maghrib."
Wanita itu mengangguk.
"Maaflah, mak cik nak tanya. Kenapa sembahyang tak pakai telekung? Bolehkah macam tu?"

Kak Fara tersenyum. "Memang niat nak pakai telekung tadi, tapi semua dah habis dipakai. Saya pula tak bawa spare. Ya, boleh sembahyang tanpa telekung asalkan telah cukup syarat-syarat sahnya, termasuklah menutup aurat dan suci daripada hadas kecil dan besar."

"Oh..." Mulut wanita itu melopong mendengar penjelasan Kak Fara.

"Islam itu fleksibel, mak cik, iaitu kita tidak terikat pada adat atau budaya untuk melakukan ibadat. Contohnya, hukum bersolat itu adalah wajib kepada setiap orang, tapi Islam tidak menetapkan yang kita wajib memakai telekung sembahyang berwarna putih, hitam atau seumpamanya. Cuma, bila mana telah cukup syarat-syarat yang boleh menyebabkan solat itu sah, seperti menutup aurat dengan sempurna, maka teruslah bersembahyang. Kita tidak terikat pada telekung sembahyang, dan ia bukan syarat sah solat." Kak Fara cuba meleraikan kekeliruan yang sememangnya dia tahu telah mendarah daging dalam masyarakat.

"Ya, betul tu. Orang kita selalunya bila keluar dari rumah berpakaian tak cukup kain, atau menutup aurat, tapi tidak sempurna, itu tidak dipandang salah. Tapi bila nampak orang lain menunaikan sembahyang tanpa telekung pun mahu dipersoalkan, sedangkan syarat untuk bersembahyang itu sudah sempurna." Seorang gadis muda berwajahpersih tiba-tiba mencelah. Wanita tua tadi hanya tersenyum, sedang di dalam hatinya merasa terpukul dengan ujaran gadis muda itu.

Kak Fara hanya menyepi. Dia tidak mahu menyakiti hati sesiapa dengan kata-katanya. Dia sekadar mahu berkongsi ilmu dan kefahaman yang dipelajari. Dia kemudian meminta diri untuk pulang.

Farid telah sedia menunggu di dalam kereta. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Kak Fara menceritakan situasi tadi kepada Farid. Farid juga tidak pernah terfikir akan hal itu. Selama ini memang dia menyangka bahawa 'uniform' solat itu wajib jika mahu bersembahyang.

"Baru Farid tahu..." ujarnya.

"Itulah masyarakat kita hari ini. Mudah terikut-ikut dengan kata-kata orang, pantang menyalahi adat kebiasaan walaupun ketika nak beribadat. Sedangkan Islam itu mudah sahaja. Cuba kita tengok dalam bab nak bersembahyang juga. Kalau tak ada telekung, ada yang tak sembahyang. Sanggup qada' di rumah sebab mentaliti mereka sendiri yang mewajibkan pemakaian telekung tu. Sedangkan dalam Islam tidak begitu. Cuma, jika ada telekung, sebaiknya gunalah telekung sebab ia lebih selesa dan menutup aurat dengan lebih sempurna pula."

"Betul tu, kak. Baru Farid perasan macam mana keadaan masyarakat hari ni. Tapi, Farid tak tahulah macam mana nak ubah mentaliti mak tu."

Kak Fara berpaling kepada Farid sambil menguntum senyum.

"Mm, mak tu kuat berpegang pada kata-kata orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat, contohnya ustaz. Tapi ustaz pun kadang-kadang bukan semuanya ahli dalam semua bidang, khususnya zaman sekarang. Ada yang mahir bab usuluddin, tapi lemah bab fikah. Yang kuasai al-Quran, tapi kontang hadis, sedangkan al-Quran dan hadis tu saling lengkap-melengkapi." Kak Fara diam sejurus. "Sesekali, Farid bukalah kuliah-kuliah ilmu kat tv tu. Halaqah atau al-Kuliyyah bagus juga. Ustaz-ustaz yang dijemput lazimnya mempunyai ilmu yang diperakui. Biar mak dengar. Moga-moga pemikirannya berubah."

"Betul juga tu. Kadang-kadang ustaz yang selalu dijemput kat surau kampung kita tu terlalu konservatif, sehinggakan perkara adat pun sudah dianggap syariat. Farid dah menilai semua tu bila dengar hujah kakak," balas Farid sambil memandang kosong kenderaan-kenderaan yang bertali arus.

"Perkara yang dah menjadi adat kebiasaan ni memanglah tak boleh diubah sehari dua, dik. Perlahan-lahan. Step by step kata orang putih. Kena bersabar dan hati-hati kalau nak tarik rambut dalam tepung," ujar Kak Fara sambil meneruskan pemanduan.

Farid diam. Dia terus meladeni kata-kata kakaknya itu. Ada kobaran semangat yang mengasak hati. Ada pancang tekad mulai tercacak padu.


Petikan daripada Tawajuh Cinta oleh Juwairiah Md. Jamil (Telaga Biru)
Comments: (0)
“Maaf minggu ni tak dapat datang program, bertembung dengan program jabatan, syarikat, PTK, induksi… bla bla bla… InsyaAllah kalau tak ada apa-apa program minggu depan, saya pasti datang,” kata mutarabbi dengan lembut. Baginya itulah alasan kukuh yang mampu mengatasi rasa bersalah kerana tak datang program. Alasan yang biasa diutarakan oleh ramai mutarabbi apabila sudah bekerjaya.


Kalau hanya sekali sekala alasan tersebut diguna pakai, logik la juga. Tapi kalau sudah berbulan-bulan alasan yang sama digunakan untuk menjadi sebab keuzuran dari menghadirkan diri ke program dakwah dan tarbiah itu bererti anda bermasalah. Anda sudah memasuki laluan bahaya. Anda mungkin calon-calon yang bakal futur dan gugur. Mungkin juga anda telah gugur di awal perjuangan. Walau anda tidak mengakuinya, sebenarnya itulah pilihan anda. Segala janji dengan Allah SWT pasti menunggu persoalan dan jawapan.

Perjuangan ini hanya utuk orang yang meletakkannya di hadapan dan menjadi keutamaan, bahkan di situlah hidup dan matinya. Itulah jalan syurganya. Itulah laluan orang-orang terdahulu di kalangan para Rasul dan sahabat-sahabat mereka.

Perjuangan ini hanya untuk mereka yang bersemangat tinggi dan memiliki kesungguhan.
Adapun mereka yang menjadikan perjuangan ini sekadar pengisi masa lapang, urusan terakhir dan tidak dimasukkan ke dalam diari mingguan, bulanan dan tahunan… orang begini tidak akan mampu dimanfaatkan oleh perjuangan. Perjuangan ini bukan untuk orang manja dan menunggu disuap baru membuka mulut. Peringkat awal mungkin.

Lagi sedih apabila mendengar jawapan sesetengah orang yang sudah ditarbiah tentang fiqh al-dakwah, teori tarbiah, amal jamaie, manhaj al-taghyir… bertahun-tahun lamanya… Apabila dipersoalkan isu di atas, dengan selamba ia menjawab: Kerja aku ini pun ibadah juga! Benar tapi apa bezanya anda dari orang lain yang tidak pernah ditarbiah dengan yang namanya perjuangan?

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”. (At-Taubah: 24)

Kata Imam Hasan al-Banna (Dakwatuna): “Dakwah ini tidak menerima kompromi kerana dakwah ini adalah satu. Orang yang menerima dakwah ini akan hidup bersama dakwah dan dakwah ini akan hidup bersamanya. Orang yang tidak bersedia menanggung tanggungjawab ini akan kehilangan ganjaran para mujahid dan berada sebaris di barisan orang-orang yang tercicir bersama orang yang berpeluk tubuh. Justeru Allah akan menggantikan mereka dengan orang lain yang akan mendukung dakwah ini.”

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya”. (Al-Maidah: 54)

Oleh: Ustaz Sarip Adul

YDP ISMA Sabah

Sumber: Blog Abu Syifa’
Comments: (1)
Petikan dari akhbar Berita Harian Khamis, 18 Disember 2003


SYAITAN adalah musuh orang beriman yang menggunakan pelbagai cara untuk mengganggu dan menghasut anak Adam agar menyeleweng serta melakukan dosa.

Keangkuhan syaitan menyebabkan ia mengganggu beberapa nabi dan rasul dengan menyamar untuk memerangkap serta memperdayakannya.

Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Nabi Musa pernah didatangi syaitan. Berikut adalah sebahagian dialog Nabi Musa dengan syaitan. Syaitan berkata: Wahai Musa, engkaulah yang dipilih Allah untuk membawa risalahnya-Nya dan engkaulah yang sentiasa berkata benar. Aku salah satu makhluk telah berdosa dan mahu bertaubat. Mohonkanlah kepada Tuhan agar diberikan taubat kepadaku.

Selepas itu Nabi Musa memohon kepada Tuhan dan diperkenankan, lalu baginda menemui syaitan. Baginda berkata: "Wahai syaitan, engkau sudah diperintahkan sujud hormat kepada kubur Nabi Adam dan setelah itu, barulah taubatmu diterima Tuhan."

Namun sebaik saja mendengar nama Nabi Adam, syaitan naik angin dan marah dengan memperlihatkan sifat takburnya. Syaitan berkata: "Sewaktu Adam masih hidup, aku tidak sujud, inikan pula sesudah dia tidak ada."

Wahai Musa, sesungguhnya engkau berhak menerima balasan daripada aku kerana engkau sudah memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah untuk pengampunanku. Namun, ingatlah wahai Musa mengenai 3 perkara, nescaya aku tidak membuat kebinasaan ke atasmu.

Nabi Musa berkata: "Apakah 3 perkara itu? Lalu syaitan menjawab: "Pertama, ingatlah ketika kau sedang marah, aku akan membawa bisikan ke dalam hatimu. Mataku akan berada dalam matamu dan aku berjalan di dalam tubuhmu menurut perjalanan darah.

"Kedua, ketika kau bertempur di medan perang menghadapi musuh, aku akan datang mengingatkan kamu kepada anak, isteri dan keluarga agar berundur secara teratur. "Ketiga, berhati-hatilah duduk dengan perempuan bukan muhrim kerana aku akan menjadi penghubung antara kau dan perempuan itu dan di antara perempuan itu dengan engaku."

Inilah antara sifat syaitan yang pasti akan memusuhi anak Adam dengan pelbagai cara untuk menunjukkan keangkuhan dan kesombongan dirinya.

Pada syaitan, martabat bani Adam cukup rendah berbanding dirinya yang diciptakan daripada api.
Comments: (4)
Beberapa minggu lepas saya berpeluang menjejakkan kaki ke satu universiti atau lebih dikenali skku..teruja sekejap bila tgok hmpir satu bgunan hostel dia dipenuhi dengan warna hijau…rsa cam nk ubah fikiran nk msuk skku pun ad…hee..boleh plak kan..


wat
 u noe
      about green~

Bagi seorang pelajar, warna hijau amat diperlukan. Ini kerana hijau merupakan simbol oksigen dan bertindak ke atas organ jantung dan paru-paru. Untuk seorang pelajar berada dalam keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalalmus pada bahagian otak untuk meransang kesimbangan. Ini bermakna, untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang selesa, kawasan sekolah mahupun di dalam bilik darjah perlu mempunyai banyak warna hijau.

Walaupun warna hijau itu datangnya daripada cat yang berwarna sedemikian namun keupayaan neuron otak akan turut merangsang organ yang berkaitan untuk bertindakbalas secara positif dengan warna yang dilihat. Kepintaran pelajar banyak bergantung kepada kapasiti oksigen yang diterima pada otak. Inilah yang membuatkan warna hijau perlu menjadi pilihan di kawasan sekolah ataupun kawasan kediaman.

Edited from iluvislam.com
Comments: (0)
Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin

Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap keampunan dariMu

Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan

Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..

Album : Insan Istimewa

Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com
Comments: (0)


SubhanaAllah untungnya kalau dapat berhadapan dengan Rasulullah..Hebatnya kasih Rasulullah kepada umatnya walaupun disaat kematian,Baginda masih lagi mengingati umatnya.Ya Allah izinkanlah kami mendapat syafaatnya di akhirat kelak..ameen~.
Comments: (1)

Hati kecil ini terpanggil untuk menulis jasa seorang wanita yang banyak berjasa padaku.Mukanya sentiasa ceria di samping keluarganya.hidungknya bercangkung.ada tahi lalat di sebelah muka kirinya.kulitnya kuning langsat,dialah ibuku.Wajahmu membuatkan aku saling bahagia
.
setiap hari dia sering mengukirkan senyuman kepada semua orang.ibuku bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah sekolah tempat aku belajar.guru-guru.murid-murid dan pekerja amat suka kepadanya dgn sikap peramah.beliau sanggup berkorban apa sahaja demi ank ank.

teringat zaman kecil,ibu selalu mendengkan cerita di telingaku sebelum tidur.bermulalh di situ aku gemar membaca buku.kisah SI TANGGANG msih terngiang-ngiang di telinagaku.dialh ibu yang paling aku sanjungi.
Kasihmu ibu
Semenjak daku dalam kandungan
Lemah longlai tubuhmu
Letih dan lesu sembilan bulan.

Kasihmu ibu
Ibarat nyawa di hujung kuku
Melahirkan daku ke dunia ini
Ketika malam sudah lena dan sepi.

Kasihmu ibu
Menyambut kelahiranku
Dengan hati penuh girang
Ibarat bulan purnama gemilang.

Kasihmu ibu
Memeliharaku penuh kasih sayang
Tanpa mengenal lelah dan jemu
Mengasuhku malam dan siang.

Kasihmu ibu
Kasih sejati tiada bandingan
Sentiasa mendoakan daku
Agar menjadi insan budiman

 ibuku membesarkan kami empat beradik seperti MENATANG MINYAK YANG PENAUH.Ahmad amsyar.aina atirah.ahmad amirr dan assyratul ajeerah.kami senang dgn dirimu.oh ibu kau seorang yang tabah menerima cubaan daripada allah.

TERIMA KASIH IBU.

IKLAS DARIPADA ANKMU

posted by assyratul ajeerah..^^
Comments: (5)
Teringat zaman sekolah rendah dulu…saya ada seorang kawan yang ada kakak..dan saya rasa dia memang anak manja(anak bongsu)btw..saya selalu je jeles dengan dia sebab apa yang saya ada mesti dia ada..malah lagi comel..even saya xda kakak p saya ada makcik2 yang selalu layan saya ni cam adik diorang..makcik2 saya suka belikan barang2 yang comel2 cam pencilbox ke,stationry ke,beg skolah ke..tapi belom sempat semggu saya guna brang2 tu,tup2 kawan saya da beli yang lain..lagi comel..pastu mulalah saya salahkan diri saya sebab xda kakak..


Masuk sekolah menengah pulak(lower form dan upper form)saya pun ditakdirkan berkwan dengan anak bongsu lgi..pun kakak diorng manjakan diorng..time skolah mengah mostly makcik2 dah kawen..so saya pun dah tak boleh da nk manja2 cam dulu ag…pernah makcik saya kata,kalau dia dah ad nak perempuan nnti ssah la sket nak beli apa2 ke saya..sedih kan..sebab tu la hati saya xabes2 nak kakak..tpi smthing yang imposble la kalau ttba ada kakak kan..btw xpe sbb naseb saya baik sebab Allah kurniakan saya kakak angkat yng baik sgt..(slalu blnja makan,bgi hadiah)hee..

Alhamdulillah setelah 9 tahun menunggu,akhirnya saya dapat berita yang saya bakal bergelar kakak kepada seorng adik perempuan..sejak tu saya nekad,saya nak jaga dia betul2 dan saya xnak dia rasa apa yang saya rasa dulu..sebab tu lah apa yang dia nak,mesti dia dapat(ikut kemampuan saya la)…

Semakin adik besar,semakin tu la saya dapat rasakan perasaan seorang akak..barulah saya faham kenapa kawan-kawan saya yang ada kakak nampak hidup senang…apa yang diorang nak mesti dapat..

Sebab hati seorang kakak mesti happy bila tgok adik dia happy(terutamanya kalau adik dia suka ble dapt barang dari kakaknya)

Sebab hati seorang kakak xkan biarkan adik dia hidup susah even dia yang terpaksa menanggung susah

Sebab hati seorang kakak nak sangat adik dia nampak comel sokmo…

Kalau kawan2 perasan kak long yang ramai adik perempuan mesti berat nak kawen awal..sbb dia terlalu fikirkan adik2 nya…
Hee..suka2 ati je saya wat andaian..p tu la yang saya nampak,memang la xsemua kakak mcam tu p percaya lah adik2 jauh disudut hati diorng mesti adanya perasaan tu

untungnya seorang adik yang ada kakak
Comments: (1)
tetiba saya rasa serba salah dengan dia,
sampai terbawa-bawa dalam mimpi,
mimpi ngeri sangat,,
mimpi yang tak habis-habis salahkan saya,
saya takut,betul ke ni salah saya,
tapi saya tau semua ni adalah syaitan,
yang selalu mengajak manusia buat salah,

saya yakin keputusan saya buat tak salah,
saya yakin ini peluang dari Allah ,
untuk saya betulkan apa yang salah,
jadi,kenapa saya perlu rasa serba salah,

saya teringin nak jumpa dia,
minta maaf kalau betul ini salah saya,
tapi,
kadang-kadang saya takut jumpa dia,
masih ada rasa serba salah,

kalau dia baca tulisan ni,
kalau dia masih rasa saya yang salah,
maafkanlah saya,
saya tak boleh teruskan jalan yang salah
lepaskanlah saya dari terus rasa serba salah..

hee..apakah yang telah saya mengarut ni..ho3..^^
Comments: (1)
kadang2 kita rasa bila umur dah menjangkau 20-an kita da rsa matang..
             dah pndai nak buat keputusan sendiri..
haa..kalau tau anda da matang ke belom try cek ada tak anda sume rasa...

-Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.


-Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

-Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

-Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

-Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

-Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

-Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

slit skit >bila baca2 rupa-rupanya dah matang aina ni..ho3..
Comments: (0)
     ya Allah,
kurniakanlah kami
   HATI
seperti ini...

HATI YANG SEDAR
"Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya."(surah Qaf 50:37)

HATI YANG BERSIH
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)"(al Syams 91:9)

HATI YANG LURUS
"(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."(ali 'Imran 3:8)

.....dan jauhilah kami daripada HATI ini....

HATI YANG TERHIJAB
"Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu"."(al an"am 6:25)

"carilah hatimu sewaktu membaca al Quran.Jika kau tak temui,carilah haitmu ketika mengerjakan solat,jika kau tidak ketemui,carilah hatimu ketika duduk tafakut mengingati mati.JIka kau tidak temui juga berdoalah kepada Allah,
pinta hati yang baru..."
Comments: (0)
Harapan dari setiap insan kesenangan serta ketenangan
mengarungi hidup ini tanpa ada cubaan
sayang harapan itu tak pasti karna cobaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus ke dalam keputusasaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongan

sayang harapan itu tak pasti karna cubaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus kedalam keputusasaan

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohonampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhaan dan pertolongan Dalam Ujian

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongannya

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongan Dalam Ujian