Advertise Here

~{*MuJahiDaLQuluB*}~

- Another Blogger Blog's

tetiba je rasa nak tulis psal tjuk ni coz aritu tetiba lak teringat kata-kata seorang pak cik ni msa kat malaysia..
sebenarnya tak ingat sangat dia cakap cmne p ayat dia lebih kurang cmni la..
"kalau nk zikir jangan la mulut je bergerak,suara je bunyi p dalam hati kosong"

terfikir sekejap bila dengar ayat tu,terasa kut...ye la bila ingat2 balik kalau lepas solat alhamdulillah Allah memberi kita kesedaran untuk zikir tapi kita hnya zikir je..dalam hati ada ke kita igt.

pernah pulak tu tyme2 zikir teringat perkara lain,kadang2 tengah2 zikir boleh lak tangan duk main2.mcam2 la buat tyme zikir..ni mungkin sbb kita nmpak zikir tu cam simple p sebenarnya kalau kita betul2 hayati mkna setiap zikir insyaAllah hati kita pun jdi tenang.
Kan kita selalu dengar tenangkan hati dengan zikir,bersihkan hati dengan zikir,igtlah Allah time zikir..p kalau hati dan fikiran kita melayang time zikir,camne nak dpat semua2 tu...
sepatutnya time kita lafaz subhanaallah hati kita akan tenang kerana kita igt maha suci Allah.

pernah ke mengalir air mata kita apabila lafaz astaghfirullahalazim dilafazkan?sepatutnya kita igt balik dosa yang pernah kita lakukan dan mengharapkan Allah ampunkan dosa2 dengan hanya menyebut lafaz istighfar...ya Allah sesungguhnya Dia lah maha pengampun lagi mengasihani...

pernah ke hati merasa takut apabila mulut menyebut Allahuakbar?Teringat zaman2 sirah nabi dan sahabat,lafaz ni boleh meningkatkan semangat jihad mereka...p zaman sekarang lafaz tu seolah2 xda mkna..
begitu juga dengan Lailahaillallah..xtau la kenapa hati ini susah sgt nak igt Maha esa time senang..

sekrang kalau kita tengok kalimah2 Allah seolah2 biasa dan tidak memberi kesan keatas umat Islam.sama2 lah kita berdoa agar hati kita sentiasa igt Allah dan mulai dari sekrang jganlah biarkan segala amalan yang kita lakukan sia2...
insyaAllah...

p/s:smbil2 tu nak ucapkan salam aidilfitri dan mohon ampun semua2..[::xlewat ag kan,raya kan sebula::]
"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodohmahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita?

kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud."Apalah suamiku ini?" rungut si isteri.

Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini.

Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita.

Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka. Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu.

Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja.

Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi.Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.
Comments: (3)
Cinta layaknya seperti seekor rama-rama. 
Semakin kalian mengejarnya, semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian. 
Biarkan rama-ramamu terbang ke mana saja ia suka. 
Siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu,
ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu
menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka. 
Mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan untukmu
SELALULAH periksa hati atau jiwa
Gerakannya halus, perjalanannya seni, kesannya besar
Sungguh susah dan sulit sekali mengesan perjalanannya
Kerana gerakannya tidak dapat dilihat oleh mata
Bahkan akal fikiran pun tidak mampu mengesannya
Hanya dapat dikesan dengan mata hati itu juga
Serta disuluh oleh ilmu mengenai hati atau jiwa
Siapa mengenal dan dapat mengesan
perjalanan hati atau jiwanya
Dia telah mengenal dirinya sendiri
Orang yang mengenal diri, dia akan mengenal Tuhannya
Barangsiapa tidak mengenal diri sendiri
Sudah pasti dia tidak kenal Tuhan yang menjadikannya
Orang yang tidak kenal Tuhan
adalah menjadi bencana kepada dunia
Makin pandai, jika tidak kenal Tuhan, makin menjadi perosak kepada dunia dan manusia
Semakin kaya, kalau tidak kenal Tuhan,
semakin merbahaya kepada manusia dan kehidupan
Lebih-lebih lagi orang yang berkuasa tidak kenal Tuhan
Berlakulah penzaliman, penganiayaan dan penindasan
Aduh! Awasilah manusia yang derita dan terseksa
Malang kepada manusia
Berbagai-bagai perkara yang besar dan sulit manusia telah mengesan dan mengenalnya
Bermacam-macam ilmu yang telah dapat diteroka
Tapi malang sekali, sedikit sekali manusia yang mengenal diri