Advertise Here

~{*MuJahiDaLQuluB*}~

- Another Blogger Blog's

Orang tua2 cakap kalau nak kahwin jangan ambil suami orang nanti suami kita kena kebas..
Orang cakap masa kecik-kecik jangan lawan mak ayah nanti anak-anak kita pun lawan kita..
Orang cakap jangan mengata belakang bila orang buat salah nanti lama-lama kita pun buat perkara yang sama…

Sebab tu lah kalau boleh tak nak lah pisang berbuah dua kali..betul ke?

Sebenarnya saya pun tak tau apa maksud peribahasa tu…apa-apa pun cuba kita ingat balik pernah tak sebelum ni kita buat orang sakit hati,kita buat orang tu menangis,kita buat orang tu susah..

Kalau pernah percayalah mungkin 99.9% apa yang kita buat pasti akan berbalik ke kita balik…Sebab tu lah Islam ajar kita even orang buat jahat sekalipun kita kena balas sesuatu yang baik untuk dia sebab kejahatan yang dilakukan insyaAllah biarlah Allah yang menghukumnya.Sesungguhnya Allah maha mengtahui dan maha adil…

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216

Saya tulis entri ni pun sekadar untuk berkongsi sedikit pengalaman..dulu saya ingat lagi,saya pernah buat seorang kawan saya,kawan baik pulak tu..saya pernah buat dia menangis sebab dah tak tahan dengan saya tapi masa tu boleh pulak saya buat tak tahu even saya tahu yang dia memang sakit masa tu..apa yang meniti dibibir saya ialah “dah memang takdir..terima je lah..”
memang kejam sangat masa tu..

Lama-lama Allah sedarkan saya yang itu memang takdir tapi takdir yang saya sebenarnya sedang diuji dan saya memang fail dalam ujian Allah tu..Alhamdulillah Allah tak biarkan saya terus hanyut dan Allah juga tak biarkan saya hidup tanpa dihukum..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."


- Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Baru-baru ini satu insiden berlaku(macam lebih kurang sama je dengan kisah lepas)time tu saya seolah-olah dapat merasakan apa perasaan kawan saya dulu..Astaghfirullah..memang sakit dan saya tak dapat bayangkan macam mana kawan saya dapat terima dengan redha..Jawapannya ialah iman…kat situ dah terbukti iman saya tak sehebat kawan saya..

Dah panjang lak tulis..sebenarnya saya sekadar ingin berpesan kalau boleh janganlah kita cuba sakitkan hati kawan kita lagi..haa..kalau dah buat dan sekarang ni Allah sedang menghukum kita anggaplah hukuman Allah tu adalah ujian ke atas kita untuk meningkatkan lagi iman kita…

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
                                                  - Surah Al-Imran ayat 139

Hargailah kesempatan mencari cinta Allah apabila kita diuji...
percayalah dengan cinta Allah sahaja kita akan rasakan diri kita terjaga..
optimis ^^
Comments: (0)
Comments: (3)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah."


Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah