Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi kita..Apa khabar dengan iman kita hari ini?Mungkin kadang-kadang kita rasa lemah,penat,futur dsb,tapi pernah tak kita terfikir kenapa hari ini kita masih lagi mampu bernafas,masih lagi mampu tersenyum walaupun sebelum ni kita rasa sangat berat ujian yang pernah Allah turunkan pada kita?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Dalam sedar tak sedar kita sudah berada di pengakhiran tahun hijrah..Bulan zulhijjah terciptanya satu sejarah Islam yang sangat-sangat berkait rapat dengan pengorbanan..Ramai yang sudah disajikan dengan kisah nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya,Ismail,Mungkin ada di antara kita yang sudah fasih apabila berbicara tentang sirah-sirah nabi as.Tapi sejauh manakah penghayatan kita dalam sejarah ini?
Cuba kita hayati betul-betul sirah nabi Ibrahim as yang mana anak dan isterinya terpaksa ditinggalkan di tanah gurun yang kering kontang dan setelah nabi Ismail meningkat dewasa,diperintahkan pula menyembelih nabi Ismail.Subhanaallah..dari manakah kekuatan itu datang kalau bukan dari Allah,dari ketaqwaan dan ketaatan nabi Ibrahim as.
Secara jujurnya,saya memang tak pandai untuk bermadah dengan kisah-kisah sejarah.
SEBAB?
Dulu memang saya tak berminat dengan sejarah,apatah lagi nak belajar tentang sejarah..Bila kita tak belajar tentang sejarah,macam mana kita nak hayati sejarah itu..
“Sesiapa yang tidak membaca sejarah mereka tidak akan mampu mencipta sejarah”
Tapi sejak akhir-akhir ini saya rasa tertarik dengan seorang hamba Allah ni sebab setiap kali dia bercakap mesti dia kaitkan dengan sejarah..banyak kisah-kisah sejarah islam dijadikan contoh dalam perbualan.Bila kita dengar kita rasa kita dapat satu information yang logik sebab sudah terlakar dalam sejarah.
Kita semua tahu islam bukan sekadar melakar sejarah kemenangan tapi turut melakar sejarah kejatuhan.Apa yang kita perlu hayati di sini bukanlah destinasi sejarah tapi perjalanan sejarah.Bagaimana islam itu bolah menang dan apa faktor yang menyebabkan kejatuhan islam?Kalau kita betul-betul hayati,insyaAllah kita akan tahu apa yang perlu diteladani dan apa yang perlu disempadani.
Ok sahabat-sahabat seperjuangan hari ini marilah kita sama-sama minatkan diri kita dengan sejarah-sejarah islam..kita mulakan dengan sama-sama mempelajari,menghayati dan menyampaikan kisah sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim as sempena bulan Dzulhijjah ini.InsyaAllah apabila kita dah betul-betul hayati,barulah kita tahu apakah maksud pengorbanan yang sebenarnya..
Kalau kita faham betul-betul erti pengorbanan mudahlah kita untuk berhijrah dari di awal muharram nanti dan semoga terus istiqamah.Sebab setiap penghijrahan dan iatiqamah itu memerlukan pengorbanan.
p/s: Salam Aidil’adha dan Taqaballahu Minna wa Minkum~