Soalan: Adakah kita boleh membeli barangan daripada sumber-sumber Israel kerana hasil wang ini akan digunakan untuk membantu meningkatkan persenjataan Yahudi?
Jawapan dari Syeikh Yusof Al Qardhawi:
Adalah suatu kewajiban jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam. Jihad ini adalah suatu yang wajib dan kewajiban yang mulia terutama sekali bagi mereka yang menduduki tanah air yang dirampas tersebut. Jika penduduk tanah air tersebut tidak mampu menghalang serangan tersebut, umat Islam di sekeliling
tanah air tersebut diwajibkan untuk membantu. Jika ini juga tidak mencukupi, kesemua orang-orang di Islam di dunia ini wajib membantu.
tanah air tersebut diwajibkan untuk membantu. Jika ini juga tidak mencukupi, kesemua orang-orang di Islam di dunia ini wajib membantu.
Palestin adalah tanah Qiblat pertama umat Islam, tanah di mana berlakunya Isra’dan Mi’raj, tanah Al Aqsa yang diberkati. Penakluk adalah mereka yg memiliki sikap permusuhan yang besar dan mereka dibantu oleh negara terkuat di dunia pada masa ini iaitu Amerika Syarikat dan Komuniti Antarabangsa Yahudi.
Jihad adalah wajib ke atas mereka yang merampas tanah dan mengeluarkan penduduk-penduduknya, menumpahkan darah, menceroboh kehormatan, memusnahkan rumah kediaman, membakar ladang pertanian dan merosakkan tanah air.
Jihad adalah tugas utama ummah ini. Muslim dituntut untuk melaksanakan ini dahulu iaitu pertama bagi mereka yang tinggal diatas tanah tersebut, kemudian jiran tetangga dan akhirnya seluruh orang-orang Islam.
Kita mestilah bersatu dalam menghadapi penceroboh. Kita bersatu diatas asas Islam termasuk kesatuan keyakinan terhadap shari’ah,kesatuan keyakinan di atas Qiblat yang pertama dan juga kesatuan di dalam menghadapi kesusahan dan harapan sebagaimana yang disebut olehAlah dalam surah Al Anbiyaa’, ayat 92. Allah S.W.T. berfirman, “Sesungguhnya ummat ini adalah ummat yang satu”.
Allah juga berfirman dalam surah Al Hujuraat ayat 10, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” .
Ada sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain; dia tidak boleh menzaliminya, menyakitinya dan menghinanya” . (HR Muslim)
Sekarang kita lihat bagaimana saudara-saudara kita dan anak-anakmereka di Gaza dan bumi berkat Palestin telah mengorbankan darah dannyawa mereka semata-mata kerana Allah. Semua Muslim mestilah membantu mereka dengan apa sahaja yang termampu.
Jika seseorang meminta di atas nama agama, kita wajib membantumereka. Kenderaan untuk bantuan ini adalah pemboikotan sepenuhnyaterhadap semua barangan musuh2 mereka. Setiap riyal, dirham, ringgit, dolar dan sebagainya yang digunakan untuk membeli baranganmereka akhirnya akan menjadi peluru yang akan dimuntahkan ke arah saudara2 kita beserta ahli keluarga mereka di Palestin.
Bagi tujuan ini, adalah menjadi kewajiban untuk tidak menolongmereka (musuh2 Islam) dengan membeli barangan mereka. Dengan membeli barangan mereka adalah sama dengan membantu kezaliman, penindasan dan pencerobohan mereka. Membeli barangan mereka boleh menguatkan mereka; tugas kita adalah melemahkan mereka sedaya mungkin.
Kewajiban kita adalah menguatkan saudara2 kita yang berjuang diPalestin sana sedapat mungkin. Jika kita tidak mampu menguatkansaudara2 kita , kita berkewajiban pula untuk melemahkan musuh2 kita. Jika kelemahan mereka tidak dapat dicapai kecuali melalui usaha boikot, maka kita wajib boikot mereka.
Barangan Amerika adalah sama dengan barangan Israel iaitu dilarang. Adalah juga dilarang untuk mempromosikan barangan2 ini. Amerika hariini adalah Israel kedua. Mereka menyokong sepenuhnya entiti Zionis. Perampas ini tidak mampu melakukan semua ini tanpa mendapat sokongan Amerika. Segala kemusnahan dan kerosakan tanpa justifikasi yangdilakukan oleh Israel menggunakan wang Amerika, senjata Amerika dankuasa Veto Amerika. Amerika telah melakukan ini berpuluh tahun tanpa merasakan apa-apa kesan tindakbalas atau protes terhadap kezalimandan sikap prejudis mereka terhadap dunia Islam.
Masa sudah tiba untuk umat Islam mengatakan “TIDAK” kepada Amerika, “TIDAK kepada syarikat2 mereka dan “TIDAK” kepada barangan2mereka yang memasuki pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan menaiki kenderaan menggunakan barangan keluaran Amerika.
Saidina Ali R.A. pernah berkata, “Kamu menghadapi tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu dan musuh kepada kawan kamu”.
Amerika Syarikat hari ini adalah lebih daripada kawan kepada musuhkita (Zionis Israel); mereka akan sanggup berkorban segalanya untukIsrael. Jumlah 1.3 bilion umat Islam boleh menyebabkan kesakitan kepada Amerika dan syarikat2 mereka jika kita memboikot mereka. Iniadalah kewajiban agama kita dan inilah Jalan Allah. Setiap Muslimyang membeli barangan Israel atau Amerika dalam keadaan mempunyai alternatif dari negara lain atau sumber lain telah melakukankesalahan yang terjatuh dalam kategori “Haram”. Mereka dengansengaja telah melakukan dosa besar yang merupakan kesalahan di sisihukum Allah yang boleh dikenakan hukuman dari Allah dan dibenci oleh masyarakat.
Saudara2 kita di Israel dan Amerika telah dipaksa untuk menghadapi mereka dan membeli barangan mereka. Allah tidak memaksa kamu melakukan apa yang tidak mampu kamu lakukan. Buatlah apa yang
termampu sahaja.
termampu sahaja.
Allah berfirman dalam surah At Taghaabun ayat 16,”Takutilah Allah menurut kesanggupanmu… .”
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jika aku menyuruh kamu untuk membuat sesuatu, buatlah sekuat yang kamu mampu”.
Muslim di Amerika Syarikat seharusnya memilih untuk bekerja dengan syarikat-syarikat yang paling minima menunjukkan permusuhan terhadap umatIslam dan yang paling minima menyokong Zionis Israel. Hendaklah kitamemboikot syarikat2 Zionis sedaya mungkin.
Orang-orang Arab dan Muslim hendaklah memboikot semua syarikat yang cenderung ke arah Zionis dan menyokong Israel tanpa mengira darinegara mana syarikat tersebut beroperasi (contohnya Marks and Spencer) dan sesiapa sepertinya yang menyokong Zionis dan membantu rejim Israel.
Boikot adalah satu senjata yang berbisa yang digunakan di masa silamdan masa kini. Ianya digunakan oleh orang2 Arab Jahiliah di Makkahterhadap Nabi kita Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya. Ia memberi kesan yang besar terhadap Rasulullah S.A.W. dan para sahabatsehingga mereka terpaksa memakan daun-daunan. Ia juga digunakan olehpara sahabat nabi untuk melawan orang Arab Jahiliah di Madinah. Dizaman kini, kita melihat ada negara-negara yang menggunakan “boikot”dalam perjuangan mereka untuk membebaskan diri dari penjajahan. Yangpaling masyhur adalah Mahatma Gandhi yang menyeru seluruh rakyat
India memboikot barangan Inggeris yang cukup berkesan.
Boikot adalah senjata yang ada di tangan rakyat sesebuah negara danmasyarakat. Kerajaan tidak boleh memaksa rakyatnya untuk membelibarangan dari sesebuah negara. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menghalang musuh agama dan negara kita dan menghantar mesejyang jelas bahwa kita masih hidup dan umat ini tidak akan mati,insyaAllah.
Boikot mempunyai beberapa kesan yang berbagai:
1. Ia mendidik umat kita tentang bagaimana untuk membebaskan diri dari lingkungan terhadap kehendak manusia lain yang akan menyebabkan kita menjadi hamba kepada mereka yang sebenarnya tidak
memberi apa-apa manfaat kepada kita bahkan mungkin memberikankeburukan.
memberi apa-apa manfaat kepada kita bahkan mungkin memberikankeburukan.
2. Boikot adalah satu cara untuk menunjukkan sikap persaudaraanIslam dan kesatuan ummah. Adalah satu kewajiban untuk membuktikanbahwa kita tidak akan berlaku curang terhadap saudara2 kita yang melakukan pengorbanan setiap hari. Kita tidak akan bersama-samamelakukan perbuatan yang boleh menguntungkan pihak musuh.
3. Boikot ini merupakan penghalang yang agak minima yang akan
memberi kekuatan yang lebih kepada perjuangan saudara2 kita di bumi Anbia dan barisan hadapan jihad.
memberi kekuatan yang lebih kepada perjuangan saudara2 kita di bumi Anbia dan barisan hadapan jihad.
Jika setiap Yahudi di dunia ini berfikir bahwa setiap mereka adalahtentera, dan menyokong Israel sekuat mungkin, begitu jugalah kitasetiap Muslim yang mempersiapkan hati nurani dan hartanya adalah tentera untuk membebaskan Al Aqsa. Yang paling minima seseorangMuslim boleh buat adalah boikot barangan musuh mereka.
Allah berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”
Jika pengguna yang membeli barangan Yahudi atau Amerika melakukan dosa besar, lebih-lebih lagi peniaga yang membeli barangan ini danmenjadi agen adalah pelaku dosa yang lebih besar walaupun syarikat itu menggunakan nama yang lain, mereka mengetahui bahwa mereka sebenarnya cuba untuk menipu manusia lain.
Umat Islam seluruh dunia adalah di seru untuk menzahirkan kewujudan mereka dan memperlihatkan kehendak mereka untuk melindungi tempat yang suci. Umat Islam mesti mengenal siapa sahabat mereka an siapa musuh mereka. Umat Islam ditegah untuk mendedahkan diri terhadap kelemahan dan penindasan serta menerima perdamaian yang bersifat zalim dan berat sebelah yang disogok oleh Zionis Israel.
Allah S.W.T. berfirman dalam surah Muhammad ayat 35, “Jangan kamu menghina diri kamu dan meminta perdamaian sedangkan kamu dalam keadaan yang kuat dan Allah bersama kamu…”
Wanita-wanita dan anak-anak perempuan kita yang menjaga keperluan rumah mempunyai tugas untuk dilaksanakan dalam soal ini yang mana ianya lebih penting berbanding tugas seorang lelaki kerana wanita2
lebih memahami keperluan rumah dan membeli apa-apa yang akan masuk ke dalam rumahtangga. Mereka mempunyai pengaruh untuk membimbing anak2 lelaki dan perempuan. Mereka harus menanamkan kesedaran jihad terhadap anak-anak dan menunjuk ajar perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk umat ini termasuk sebab2 kenapa ianya perlu dilakukan dan juga apa yang perlu dilakukan kepada musuh umat ini terutama dalam isu boikot ini. Apabila anak-anak kita memahami, mereka akan melaksanakan tugas boikot ini dengan penuh dedikasi dan akhirnya akan mempengaruhi ibubapa mereka.
lebih memahami keperluan rumah dan membeli apa-apa yang akan masuk ke dalam rumahtangga. Mereka mempunyai pengaruh untuk membimbing anak2 lelaki dan perempuan. Mereka harus menanamkan kesedaran jihad terhadap anak-anak dan menunjuk ajar perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk umat ini termasuk sebab2 kenapa ianya perlu dilakukan dan juga apa yang perlu dilakukan kepada musuh umat ini terutama dalam isu boikot ini. Apabila anak-anak kita memahami, mereka akan melaksanakan tugas boikot ini dengan penuh dedikasi dan akhirnya akan mempengaruhi ibubapa mereka.
Saya menyeru mereka-mereka yang beriman kepada Allah, orang-orangKristian dan lain-lain untuk berdiri bersama-sama kita dan menyokongyang benar dan kebenaran terhadap kepalsuan, menyokong keadilan terhadap kezaliman. Marilah bantu untuk memenangkan yang lemah yangdibunuh setiap hari di Jalan Allah semata-mata untuk melindungitempat yang suci.
Saya juga menyeru pekerja2 negara Arab dan Muslim lain di seluruhdunia untuk menyokong umat Palestin dalam usaha-usaha murni mereka dan tunjukkan kemarahan mereka dengan menzahirkannya di hadapan
kuasa2 besar yang angkuh dengan menganggu jaringan perniagaan mereka sekuat tenaga yang mungkin.
kuasa2 besar yang angkuh dengan menganggu jaringan perniagaan mereka sekuat tenaga yang mungkin.
Akhirnya saya menyeru cerdik pandai dan mereka yang mempunyai pengalaman di setiap negara untuk menyusun kelompok2 bagimemperkuatkan kempen boikot ini, membina alternatif2 dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang buruk dan melaksanakan usaha-usahamendidik masyarakat sehingga perkataan yang benar itu dijulang danperkataan yang batil itu dihapuskan. Sesungguhnya perkataan yang
batil itu akan hancur dan musnah.
batil itu akan hancur dan musnah.
“Katakanlah, bekerjalah!, sesungguhnya Allah akan menyaksikan kerja-kerja kamu, RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan kembalike alam yang ghaib dan menyaksikan dan kamu akan mengetahui apa yangkamu perbuat.”
Fatwa ini berdasarkan dalil2 dari sumber Al Quran dan As Sunnah dankesepakatan ulama’dan ummah. Allah Yang Maha Besar lebih mengetahui.
Al Faqir Ilallah
Yusof Al Qardhawi
Yusof Al Qardhawi
0 comments:
Post a Comment