Advertise Here

~{*MuJahiDaLQuluB*}~

- Another Blogger Blog's

Comments: (2)
Pagi tadi terasa nak klik je kat status ym kawan satu btch.rupa-rupanya Allah nak sampaikan sesuatu..Sampaikanlah walaupun satu ayat...rasa cam tertarik dengan video ni.



change your mind about dakwah..insyaAllah kita boleh gunakan cara yang berhikmah untuk menyampaikan Islam..wa'allahu'alam.
huu,bila ingat balik my special frenx's besday mostly on april.macam semua jerk.Adei,alamaknya bulan April je kena saving sikit ni.btw,arini 29 April Allah kurniakan seorang puteri,hee...betul ke ira?




  • semoga dimurahkan rezeki
  • minta jauh dari fitnah dunia
  • be a gud muslimah
  • semoga dipertingkatkan iman
  • semoga dipermudahkan segala urusan

Allah memulakan perkenalan kami di Sester,kami rapat sebab 2 tahun berturut-turut satu kelas.Nway banyak yang aina belajar untuk menjadi muslimah dari iera.haa...mama n ayah aina pun sampai sekarang asyik puji jerk iera.Aina respect iera sbb time kat sester dulu aina perasan ramai lelaki hormat iera.aina yang kawan je dengan iera pun terasa dihormat.aina jeles la dengan iera,tyme exam takdalah study sangat tapi risult..erm..tu lah namanya berkat dan rahmat dari Allah ea.(ops..terlebih puji lak)hee..harap di alam universiti pun iera mampu kekalkan.lagi satu bes nya kawan dengan iera sbb iera suka bercerita.sekarang ni cam rindu je nak dengar iera bercerita..(ada gaya yang tersendiri)pepe pun sowi iera sekarang jarang contact sbb internet kat uni iera la..hii..

Happy Birthday




MusicPlaylist

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang

oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan"

(Petikan Kitab Imam Ghazali)






Comments: (0)
Kusyuk merupakan persoalan hati.Siti tidak boleh mengatakan solat Timah kusyuk dan Bucah tidak layak untuk menilai solat Tuntun.Hanya kita sendiri dapat menilai solat kita kerana kusyuk dalam solat itu merupakan persoalan hati yang mana hanya mampu difahami oleh pemiliknya sahaja. Orang yang kusyuk dalam solatnya adalah orang yang sedar bahawa Allah tuhannya.Dia sedar betapa kerdilnya dia,dia sedar betapa hinanya dia dan dia sedar bahawa dia sedang berhadapan dengan Raja segala raja.Jika berjumpa dengan raja pun wajib memakai pakaian yang kemas,ini kan pula berjumpa dengan Raja segala raja.

Saidina Ali,apabila dia mengambil wudhu’,mukanya menjadi pucat.Seorang sahabat bertanya kepadanya, “mengapa muka mu pucat wahai Ali?”Ali menjawab, “masakan aku mampu bertenang sedangkan aku akan berjumpa dengan Tuhan yang menciptakan aku selepas ini.”

Bukan untuk membandingkan diri dengan sahabat tetapi untuk kita ambil sebagai contoh.Siapa lagi untuk dicontohi kalau bukan para sahabat?Rasulullah bersabda, “sahabat-sahabatku ibarat bintang di langit,ikutilah mereka pasti kamu tidak akan sesat.”

Memang benar,kusyuk dalam solat merupakan perkara pertama yang akan diangkat ke langit namun diangkat yang macamana?Kita tidak tahu.Perlu diingatkan bahawa al-quran itu sesuai sepanjang zaman dan masa. Apabila al-quran menerangkan orang yang berjaya adalah orang yang mendirikan solat dengan kusyuk bermakna,orang yang mendirikan solat dengan kusyuk akan ada di atas muka hinggalah kiamat.Berbalik kepada persoalan kusyuk dalam solat itu diangkat,kita kena persoalkan.

Solat merupakan pemisah antara keimanan dan kekafiran.Beza di antara orang kafir dan orang Islam ialah solat dan bukanlah sembahyang. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah orang kafir.Muhasabah balik diri kita,adakah kita berasa tidak senang jika tertinggal solat fardhu atau kita tidak berasa apa-apa?Kalau tertinggal solat subuh,kita jadi tidak senang,buat itu salah,buat ini salah,semua jadi tidak kena.Kalau inilah kita,Alhamdulillah,masih ada iman di dalam hati kita.Kalau inipun kita tidak rasa,mengucaplah dua kalimah syahadah.Anda dikhuatiri bukan orang Islam.

Comments: (1)


“……apabila kita diuji kita mudah buruk sangka dengan Allah, dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah bertujuan menguji kita….”







"Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat, ayat 11)

segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus suburkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah Islamiah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah Husnuzh Zhan iaitu 'berbaik sangka'.

Comments: (2)

Pagi ini engkau mungkin marah aku kerana kita tak solat subuh bersama-sama,
maafkan aku kerana tak sanggup untuk kejutkan dirimu yang sedang nyenyak tidur,
walaupun lewat tapi sekurang-kurangnya kita sempat bangun subuh,
maafkan aku kerana hari ni mungkin kerana kata-katamu membuatkan hati aku terasa,
tapi aku tak sepatutnya layan perasaan tu,
sebab dengan perasaan tu boleh buat dirimu sakit,
aku tahu kadang-kadang engkau pun terasa dengan kata-kata ku,
tetapi engkau tak pernah tunjukkan,
malah engkau mampu lagi melemparkan senyuman ikhlasmu,
tapi kadang-kadang aku mendengar keluhan darimu,
mungkin engkau terasa penat melayan karenah diriku,
yang kadang-kadang degil,
yang kadang-kadang seperti keanak-anakan,
maafkan aku kerana terus membiarkan dirimu bersabar apabila bersamaku,
sebenarnya kesabaran dirimu yang membuatkan diriku terasa dimanjakan,
jika itu silap aku tegurlah aku,
maafkan aku kerana mencari dirimu di kala aku ditimpa masalah,
dan engkau sanggup mendengar semua keluhan mahupun cerita suka dan dukaku,
tetapi aku masih lagu tertanya kenapa engkau tak mencariku dikala engkau ditimpa masalah,
bodohkan persoalanku,
sepatutnya aku kena sedar yang aku sebenarnya tak layak mendengar masalahmu,
sebab tu aku tak pernah bertanya apabila raut wajahmu menyuarakan masalahmu,
satu saja nasihat dariku,
kalau engkau memerlukan telinga daripadaku,
aku sedia pinjamkan,
tapi mungkin aku tak mampu memberi engkau pinjam mulutku yang jahat ini,
hari beransur malam,
mungkin aku tak mengenal pagi,petang mahupun malam,
hidupku pasti menyakitkan hatimu,
jika dirimu mempunyai diari,
mesti aku tak sanggup membacanya,
kerna ku tahu tentu banyak kisah kesabaran seorang sahabat,
hari ini aku mengakhiri malamku tanpa sepatah kata maaf pun,
walaupun aku sedar akan kesilapanku,
tetapi dengan kehendak Allah,
tiada lagi hari esok untukku rupanya,
sahabatku,
aku benar-benar sakit disini,
aku benar-benar takut disini,
kerana aku bukan lagi bersama dirimu,
tetapi harapanku engkau maafkanlah aku setelah membaca warkah ini,
supaya ringan siksaan terhadap diriku di sini.


MusicPlaylist
MySpace Playlist at MixPod.com

Wahai Adam...

Adam….Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta
semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari
tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah
jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan
darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana
aku buruan syaitan.

Adam…Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih
ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah
sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika
bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah
dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa, kaumku sendiri
rupanya!

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun, jika begitu
maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang
mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi
semestinya tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Tentu engkau lebih tahu dari diriku sendiri.

Adam…Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan
aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang
merungsingkan aku. Tetapi, aku risau, gundah dan
gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi
sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi
isterimu. Ah..semuanya sudah aku maklumi.

Namun…terasa berat pula untukku nyatakan isi perkara
pokoknya…

Adam…aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang
menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum
wanita. Kau diberi amanah untuk mendidikku, kau diberi
tanggungjawab untuk menjagaku, malah untuk memerhati
dan mengawasi gerak perilaku aku agar sentiasa di
dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu, Allah azzawajalla…

Tetapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah
terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai
menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari
landasan yang sepatutnya lebih lurus, jalan yang
ditetapkan asalnya Allah mahukan aku tinggal tetap di
dalam rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di
bandar-bandar bukan patutnya menjadi jejak kaki ini.
Jikapun ada, patutnya engkau lebih maklum tentu kerana
aku hanya terpaksa, tetapi aku tak lupa untuk menutup
seluruh tubuh dan aurat perempuanku, darilah hujung
rambut( kalau tak botak), hinggalah hujung kakiku yang
ayu.

Tetapi…realitinya kini, hawa telah mengada-ngada,
telah lebih dari yang sepatutnya!

Adam…mengapa kau hanya membiarkan aku begini? Engkau
mahu aku jadi isteri, aku sudah buat. Engkau mahu aku
jadi ibu pada anakmu, juga aku telah laksanakan.
Engkau mahu aku jadi seorang guru, juga aku anggukkan
kepala. Engkau lihat, aku telah menjadi ibu dan guru
pada anak-anakmu. Engkau suka kan? Tetapi, pada masa
yang sama juga, adakah engkau faham, aku telah menjaja
diriku ke muka dunia, menguruskan hal Negara, aku ke
hutan memikul senjata…padahal engkau hanya mampu duduk
goyangkan kaki, sambil menyanyi lagu Mariah Carey
lagi. Seronokkan? Engkau lihat, ada antara kaummu yang
mengganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku
panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi
menyinsing peha…seksi kan? Tetapi aku masih baik,
masih mahu selamatkan Negara kita. Apakah sekarang
engkau tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang
kasih sucimu terhadap perempuan baik seperti aku?

Adam...Marahkah jika ku katakan andainya Hawa
terpesong, maka Adam lah puncanya, engkaulah yang
patut tanggung! Mengapa begitu Adam?! Ya!! Ramai orang
berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai
mendidik, kononnya kita ni macam orang tak pernah
pergi sekolah. Jika murid bodoh, guru yang tidak
pandai mengajar, seolah tak ada sijil universiti
lulusan dari Amerika! Adam…kau selalu berkata, hawa
memang degil, tak mahu dengar kata, tak suka makan
nasihat (sebab kami suka makan coklat ajer), kepala
batu (walaupun rambutku pakai syampu sunsilk)! Pada
fikiranku ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu
dahulu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti
didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Memang engkau bukanlah seorang Nabi, tetapi sedarlah
bahawa namamu seorang Lelaki?! Engkau kenal siapa itu
lelaki? Kau tanya dirimu, adakah kaum Adam melayani
kaum Hawa sama adilnya seperti psikologi Muhammad
terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh
dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam…Kau sebenarnya imam dan tentulah aku menjadi
makmumnya. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau
adalah seorang ketua. Tentu kau suka kan Adam-atau
lebih patut ke Hawa memanggil diri Adam sebagai Boss?
Kau hanya mampu duduk tersengih. Itu sahajakah yang
mampu kau hadiahkan? Ketua-jika kau benar, maka
benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya
kelebihan akal dan aku banyak dilebihkan dengan nafsu.

Akalmu sembilan (9), nafsumu satu (1)…akalku (1),
nafsuku beribu! Banyakkan Adam?! Oleh itu, pimpinlah
tanganku kerana aku ini seorang yang pelupa, aku juga
lalai dan alpa. Aku banyak kekurangan. Sering juga aku
tergelincir ditolak sorang oleh nafsu dan
kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah.
Perdengarkanlah daku mengenai kalimah syahdu daru
Tuhan kita agar dapat menjadi terang hidupku ini.
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku, agar aku menjadi
mujahidah kekasih Allah!

Adam…andainya kau masih lalai dan alpa dengan
karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para
sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita
tunggu dan lihatlah, dunia ini akan kau saksikan
hingga menjadi hancur bila kaumu sendiri yang akan
mentertawakanmu, kerana pada masa itu tentu kaum Hawa
berpeluang memerintah Negara! Malulah engkau Adam!
Malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhan kita
yang engkau agungkan…Jika hari ini kau tidak mampu
berganjak, engkau tunggu dan lihatlah...nantazir wa
nara...ilal liqa`

juz copy @http://senjahati.multiply.com/journal/item/14


very touching...
Comments: (2)
mechanical engineerg pun ad sbjek menghafal..bnyak lak tu nk kna hafal..huu..terigt lak blja hstory tyme kat skolah2 dlu.tgah2 mnghafal terigt plak smnthng.
dlu masa kat skolah n smpai skrang kut,msti tkut nak stdy betul2.cam stay up ke,wat nota berpuluh2 keping ke..sebab nya satu je tkut nnti bila dapat risult,xberbaloi dgan usaha.aiyok..kalu camtu bila msa Allah nk bagi kejayaan kalau xusaha.
Pernah x kalu tyme kita ada smgat nak stdy ttba org tgur"wah,kuat stdy".huh..tu la ayt pelemah.sbb bila orang nmpak kita cam stdy banyak tapi tup2 tyme dapt rsult,dia lebih tinggi dari kita.haa..tyme tu hnestly la mmg malu.sbb tu sampai skrang takut nk stdy betul2.
pastu satu case lagi kalu ttba je Allah bagi kelebihan ke kita mudah faham subjek ni.mestilah ada orang yang akan tya kita kan sbjek tu.bukannya kedekut ilmu xmo ajar tapi tkut mcam tadi la..sbb malu dengan risult.dan kadang2 tkut pasni mmg cnfirm da xda orang tya lagi..mmg la asalnya kita pham tapi xsemestinya Allah pun mudahkan kita tu jwab exam.



erm..bila fikir2 balik kenapa nak takut.sebab rezeki tu kan semua ditangan Allah.walaupun Allah ada berfirman yang kita akan dapat seperti mana yang kita usahakan.tetapi ingat mungkin ada hikmah disebalik rezeki yang Allah kurniakan.

"Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya niscaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi,tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki.Sungguh,Dia Maha teliti terhadap keadaan hamba-hambaNya,Maha Melihat"42:27


Mungkin Allah takut kita menjadi sombong atau lupa diri apabila dikurniakan rezeki yang berlebihan.Oleh itu kita tidak boleh mempertikaikan rezeki Allah atau takut untuk menghadapi dugaan Allah.sepatutnya kita perlu bersyukur di atas segala kurniaanNya.(peringatan tuk diri sendiri^^)

"Dan Dialah yang menciptakan bagimu pendengaran,penglihatan dan hati nurani,tetapi sedikit sekali kamu bersyukur"23:78

Apa-apa pun kita perlu usaha dulu dan kemudian tawakal kepada Allah.insyaAllah setiap kesusahan pasti diiringi dengan kesenangan.
waallahu'alam.