Dalam kehidupan,manusia memang tidak boleh lari dengan fitrah sukakan kecantikan.Ana masih ingat lagi satu ayat dari blog kawan ana,walaupun di bibir lelaki terucap kata-kata inginkan perempuan solehah tetapi mereka pasti memilih kecantikan perempuan itu dulu.bak kata orang biarlah sedap memandang.Haa..ana bukan lah nak membincangkan pasal pemilihan calon pasangan hidup tetapi nak ulas sikit pasal kecantikan.
Ana sedih pulak bila puteri tegur ana.Mengapa ana begitu taksub dengan kecantikan dunia sedangkan itu semua hanya lah satu perhiasan dunia semata-mata.Ye la macam mana puteri xtegur,ana sedar setiap kali ana membeli barang mahupun perhiasan wanita mesti ana nak yang cantik pastu mulalah bila pakai akan timbul jugak rasa diri ini cantik.Even di mata orang lain xnampak cantik.Dan apa yang ana takutkan bila ada perasaan riak dalam hati.Ya Allah ksian puteri mesti sakit bila tengok ana berperangai camni.
Kadang-kadang sebab perhiasan dunia,manusia boleh tak tegur antara satu sama lain.Wah hebat jugak ea perhiasan dunia ni.Ana tak nafikan kadang-kadang ana pun selalu je cemburu tengok kawan2 ana pakai cantik2 ada barang yang comel2.tapi Alhamdulillah xda la sampai xtgur orang tu.Cuma ana bimbang kut2 sebab cemburu sampai sanggup bunuh kawan sendiri.haa..igt x kisah budak terengganu yang study kat mesir yang kena bunuh tu..isk2..nauzubillah.
Ana bukanlah nak mempertikaikan fitrah manusia tapi kalau boleh biarlah berpada-pada.Daripada kita sibuk dengan perhiasan dunia lebih baik kita sibukkan diri dengan mengumpul seberapa banyak bekalan yang boleh dijadikan perhiasan di akhirat yang kekal.macam banyakkan mantapkan amalan wajib,tingkatkan amalan sunat,tunjuklah Akhlak yang baik dan jagalah iman kita lebih dari kita jaga diri kita.Haa..kalau perempuan lagi beruntung sebab kalau kita mampu jadi anak dan isteri solehah di dunia ni maka kitalah perhiasan dunia yang mungkin akan kekal sampai ke alam akhirat kerana pada hari itu kita lebih 'up' dari bidadari syurga.
btw,tenkiu puteri kerana selalu tegur diri ana yang serba kekurangan ni..
waallahu'alam.
0 comments:
Post a Comment