Advertise Here

~{*MuJahiDaLQuluB*}~

- Another Blogger Blog's

Kusyuk merupakan persoalan hati.Siti tidak boleh mengatakan solat Timah kusyuk dan Bucah tidak layak untuk menilai solat Tuntun.Hanya kita sendiri dapat menilai solat kita kerana kusyuk dalam solat itu merupakan persoalan hati yang mana hanya mampu difahami oleh pemiliknya sahaja. Orang yang kusyuk dalam solatnya adalah orang yang sedar bahawa Allah tuhannya.Dia sedar betapa kerdilnya dia,dia sedar betapa hinanya dia dan dia sedar bahawa dia sedang berhadapan dengan Raja segala raja.Jika berjumpa dengan raja pun wajib memakai pakaian yang kemas,ini kan pula berjumpa dengan Raja segala raja.

Saidina Ali,apabila dia mengambil wudhu’,mukanya menjadi pucat.Seorang sahabat bertanya kepadanya, “mengapa muka mu pucat wahai Ali?”Ali menjawab, “masakan aku mampu bertenang sedangkan aku akan berjumpa dengan Tuhan yang menciptakan aku selepas ini.”

Bukan untuk membandingkan diri dengan sahabat tetapi untuk kita ambil sebagai contoh.Siapa lagi untuk dicontohi kalau bukan para sahabat?Rasulullah bersabda, “sahabat-sahabatku ibarat bintang di langit,ikutilah mereka pasti kamu tidak akan sesat.”

Memang benar,kusyuk dalam solat merupakan perkara pertama yang akan diangkat ke langit namun diangkat yang macamana?Kita tidak tahu.Perlu diingatkan bahawa al-quran itu sesuai sepanjang zaman dan masa. Apabila al-quran menerangkan orang yang berjaya adalah orang yang mendirikan solat dengan kusyuk bermakna,orang yang mendirikan solat dengan kusyuk akan ada di atas muka hinggalah kiamat.Berbalik kepada persoalan kusyuk dalam solat itu diangkat,kita kena persoalkan.

Solat merupakan pemisah antara keimanan dan kekafiran.Beza di antara orang kafir dan orang Islam ialah solat dan bukanlah sembahyang. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah orang kafir.Muhasabah balik diri kita,adakah kita berasa tidak senang jika tertinggal solat fardhu atau kita tidak berasa apa-apa?Kalau tertinggal solat subuh,kita jadi tidak senang,buat itu salah,buat ini salah,semua jadi tidak kena.Kalau inilah kita,Alhamdulillah,masih ada iman di dalam hati kita.Kalau inipun kita tidak rasa,mengucaplah dua kalimah syahadah.Anda dikhuatiri bukan orang Islam.

0 comments:

Post a Comment