Advertise Here

~{*MuJahiDaLQuluB*}~

- Another Blogger Blog's

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a. wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :
1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. keadilan dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. taubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik,
4. kedermawan dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.
Comments: (0)
Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan


MusicPlaylistRingtones
MySpace Playlist at MixPod.com


Comments: (0)




Bismillahirahmanirahim….
Rasanya masih belum terlambat utk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat islam di muka bumi Allah.

Dikesempatan ni juga saya ingin memohon sejuta kemaafan di atas semua kesilapan saya sama ada di sengajakan @ tidak..
Saya juga ingin memohon maaf kepada sesiapa yang terpaksa menerima kelemahan @ keburukan yang ada dalam diri saya…Saya mengharapkan kawan2 sama2 berdoa agar Ramadhan kali ni sedikit demi sedikit boleh mengakis keburukan saya…
Saya juga memohon maaf kepada kawan2 yang pernah saya tegur & bagi nasihat sedangkan saya sendiri yang melakukannya…mohon maaf banyak2..(kalau kwan2 xbleyh trima,anggaplah sebelum ni saya tak pernah menegur kwan2) Itu sebenarnya satu ujian keimanan yang saya sendiri tidak sedar…Mudah-mudahan ramadhan kali ni akan menguatkan & meningkatkan lagi keimanan kita…

Seperti mana hadith nabi,di awal Ramadhan penuh dengan kerahmatan…so,janganlah kita biarkan rahmat Allah berlalu tanpa meninggalkan setitik kesan dalam diri kita kerana hanya rahmat Allah yang boleh membantu kita ke syurga…tingkatkan amalan sunat,banyakkan bacaan Al-quran,tingkatkan kesabaran..insyaAllah Allah mudahkan…

Diharapkan Ramadhan kali ni penuh makna...ameen~~
Comments: (0)

GELAK KETAWA

Gelak ketawa adalah dilarang dalam Islam

Seseorang yang sihat akal dilarang bergelak ketawa kerana mereka yang banyak gelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat !!!

Menurut Yahya bin Muadz ar-Razi, 4 perkara yang menghilangkan tawa muslim

1. Memikirkan akhirat

2. Kesibukan mencari keperluan hidup

3. Risau memikirkan dosa

4. Tiba musibah dan bala

Ibnu Abbas ( sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa maka dia akan menangis ketika masuk neraka )

Sabda Rasulullah – “Dan sesiapa yg meninggalkan senda gurau, diberi wibawa & keindahan dan siapa yang meninggalkan tawa, maka ia wibawa & hebat dan siapa yang tidak menginginkan kekayaan orang, maka ia dicintai”

Islam melarang melakukan sesuatu menyebabkan orang lain tertawa

Dari riwayat Ibrahim Annakhari “ Adakalanya seseorang mengeluarkan kalimah untuk mentertawakan orang sekitarnya, maka Allah murka padanya, lalu murka Allah itu merata kepada orang sekitarnya yang tertawa bersamanya. Seseorang yang berkata yang berkata kalimah yang yang diredhai Allah, maka ia dapat rahmat dan rahmat itu diperoleh juga orang sekitarnya.

Orang yang suka berjenaka dan berolok-olok akan dimasukkan ke neraka ‘wail’

Semakin kuat hilai tawa seseorang, semakin hampir iblis & syaitan sambil tertawa terbahak-bahak menari untuk melalaikan.

8 Bahaya

BERGELAK KETAWA

1. Dicela ulama’ , orang sopan & sempurna akal

2. Memberanikan orang bodoh kepada kita

3. Jika bodoh, bertambah bodoh. Jika alim, kurang kealimannya kerana seorang alim yang tertawa beerti telah memuntahkan ilmunya

4. Melupakan dosa-dosa lalu

5. Melupakan mati dan hari akhirat

6. Berani membuat dosa kerana tertawa akan membekukan hati

7. Menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawaan kita

8. Banyak menangis di akhirat

Sabda Rasulullah Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada ingat akhirat dan mempusakai marah dalam hati

“ Rasulullah tidak tertawa melainkan senyum dan tidak suka melirik, iaitu tidak menoleh kecuali dengan semua wajahnya”

Comments: (2)
Untuk yang berduka

Sesungguhnya manusia diciptakan dalam keadaan keluh kesah (19)Apabila disentuh oleh sesuatu kesusahan dia pun gelisah (20)Dan apabila disentuh oleh kebaikan dia pun mendinding diri (21)kecuali orang-orang yang sembahyang (22)mereka yg sembahyangnya berterusan (23)
Surah almaarij.
Tetaplah dalam bersembahyang, dengan demikian dapat mengeluarkan dari keluh kesah apabila susah atau menyendiri apabila senang.

Dan sesungguhnya akan Kami beri kamu percobaan dengan sesuatu dari ketakutan dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa-jiwa dan buah-buahan, dan berilah khabar yang menyukakan kepada orang yang sabar. (155) Mereka yang apabila ditimpa bencana mereka berkata:"Inna lillahi wainna ilaihi raaji 'uun" sesungguhnya kita ini dari Allah dan sesungguhnya kepada Nyalah kita kembali. (156)
Al baqarah
Kebiasaan cobaan adalah dari sesuatu yang ada, kemudian menjadi tidak ada, maka terasalah kekurangannya. Kadang-kadang kekurangan itu sejak asal lagi, yang dinanti tidak kunjung tiba
.
Mereka itu dishalawatkan oleh tuhan mereka dan rahmat. dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk (157)
Al Baqarah.
Jika makna shalawat itu doa, dan yang berdoa itu tuhan, maka bererti akan dianugerahkan untuk mereka apa yang terkurang tersebut. Bersabarlah, dunia hanyalah sedikit, akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya.
Katakanlah, Hai hamba-hamba Ku yang beriman, bertakwalah kepada tuhanmu. Orang yang berbuat baik di dunia memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah adalah luas. Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (10)
Az zumar
Bumi manusia mungkin hanya yang dikelilingi bulan, terbatas dan terhad. Tetapi siapa terfikir apakah bumi Allah itu merentangi masa melewati kiamat? Syurga kepada yang bahagia,neraka untuk si celaka.
Maka bersabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalahpada waktu-waktu malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang. (130)
Taha.
Jika masih susah hati, bertasbihlah banyak-banyak. Subhanallah walhamdulillah!
Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram. (28)
Arr'ad
Ingatlah keluhan moyang kita Nuh dengan Allah taala dalam menyeru umat sezamannya..
Maka aku katakan: Mohonlah ampunan (istighfar) kepada tuhan kamu! Sesungguhnya tuhan itu Maha pengampun (10) Niscaya akan Dia kirimkan kepada kamu hujan lebat (11) Dan akan dibantuNya kamu dengan hartabenda dan anak turunan dan akan Dia jadikan untuk kamu kebun-kebun, dan akan Dia jadikan untuk kamu sungai-sungai (12)
Nuh
Apakah dengan beristighfar mendapat sebanyak itu?
Mengapa tidak kamu harapkan dari Allah kebesaranNya? (13)
Nuh.
1870: Dari Ibnu Abbas radiallahu 'anhuma, katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang tetap secara langsung beristighfar kepada Allah,maka Allah menjadikan untuknya suatu jalan keluar dari setiap kesempitan -atau kesukaran- yang ditemuinya, juga diberi kelapangan dari setiap kesusahan yang dirasakannya, serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak pernah dikira-kira olehnya.(Riwayat Abu Dawud)
Istighfar tidak hanya kerana melakukan dosa, bahkan sebahagian dari kehambaan makhluk kepada tuhannya.
Allah juga memerintahkan rasulNya bertasbih dan beristighfar.Maka mahasucikanlah dengan mengucapkan puji-pujian kepada tuhanmu dan mohonlah pengampunan kepadaNya, Sesungguhnya Tuhan itu adalah Maha Penerima Taubat (3) AnNashr.Perintah tersebut merupakan petanda akan bertemunya beliau s.a.w. dengan Yang paling dikasihinya.
Semoga Allah gembirakan orang yang berduka. :-)