Advertise Here

~{*MuJahiDaLQuluB*}~

- Another Blogger Blog's

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.
 
Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

Aku main-main je la…

Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.

Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :


Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta. [4]
Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.[5]


Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.

Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.[6]



Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.


Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.[7]



Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.

Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.

Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:
Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).
Mereka itu menjawab: “Tidak!
Maka Umar r.a. menjawab:
Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.
 
Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~ 
::edited from iluvislam::
bila dengar je lagu ni trus rasa nak post dalam blog..mungkin sebab lirik dia.kalau kita tgokkan lirik dia nampak simple tapi bagi aina maksud dia tak sesmple lirik...


Lihat pada permukaan
Nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yang terpendam persoalan

Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku
 

Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi

Oh ku mohan pada-Mu Tuhan
Berikanlah kekuatan
Untukku menghadapi semua ini

Tuhan ku terus berserah
Berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah arah dan tersilap langkah


::saff one:: 




Comments: (2)
 Azan subuh mengejutkan aku dari lena yang panjang.Dengan cepat aku bangun dan menunaikan solat sunat subuh dan diikuti dengan solat subuh.Selesai solat subuh,aku menghabiskan bacaan al mathurat.Masih ada masa yang berbaki sebelum aku bersiap2 mengerjakan tugasku sebagai seorang manusia biasa.Tanpa membuang masa aku kemaskan diri dan menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.Selesai saja sarapan aku pun mulakan tugasku.
 Jam menunjukkan pukul 10 pagi.Alhamdulillah ada msa untuk aku menunaikan solat sunat dhuha.Teringat zaman Rasulullah,Siti Aisyah tidak akan meninggalkan solat sunat ini walaupun ayahandanya sendiri menghalangnya.Selesai solat sunat dhuha.aku menggunakan masa yang ada untuk menunaikan solat hajat.Tiada yang lain aku mengharapkan pertolangan selain Allah ya Rabbi.
 Matahari mula tergelincir,dengan lafaz bismillah aku menyapu air ke muka ku.Setelah wudhuk ku disempurnakan aku segera menunaikan solat sunat qabliah zohor dan diikuti dengan solat zohor dan solat sunat ba'diah zohor..aq menggunakan masa yang ada untuk membca beberapa helaian al quran.
 Alhamdulillah hidupku dipnjangkan sehingga azan asar berkumandang.Setelah selesai solat qabliah asar dan solat asar,aku menghabiskan bacaan al mathurat.
 Setelah penat beriadah bersama kwan2,aq bersihkan diri untuk menunaikan kewajipan aku yakni solat maghrib.Aku mulakan bacaan al quran selepas selesai menunaikan solat ba'diah maghrib.
 Subhanallah umurku masih panjang.aku sempat menunaikan solat isyak dan solat sunat.alhamdullah,aku panjatkan kesyukuran pdaMu ya Allah.
 Setelah penat seharian aku bekerja,aku melelapkan mata.Sebelum tu,aku menghabiskan bacaan al mulk,surah 4 qul dan selawat keatas Rasullullah dengan harapan mudah untuk aku bangun.
 Jam loceng ku berbunyi,pukul 3 pagi.aku kuatkan diriku untuk bangun dan menghadap yang maha Esa.aku akhiri ibadah malam ku dengan solat sunat witir...alhamdulillah.

hee..tu semua diari impian aina je..kan bes kalu kita boleh istiqamah dalam beribadat kepada Allah...
apa-apa pun prinsip sebenar kita ialah nak berubah,kita yang kena mengubah...


alhamdulillah semalam aina  dapat lagi seorang sepupu baru,fatimatulzahra.tahun ni aina dapat 3 orang baby dan insyAllah akhir tahun ni @ awal tahun depan dapat lagi...tapi tu semua sepupu.adik da xkut.seorang tu pun da xlarat nak layan.
apa-apa pun kalau kita tgok muka baby cam bes je kan..tenang je.mcam xyah fikir apa-apa.
aina pernah tanya kawan aina,dia xda masalah ke.pastu dia pun jawab,entah biasa2 je.ptut la aina tengok dia happy je slalu.
kenapa kita resah la mengeluh la bila ada masalah.padahal kita semua tahu yang sebenarnya setiap masalah itu hanyalah satu ujian daripada Allah untuk menguji keimanan kita.Sepatutnya kita kena bersyukur apabila ditimpa masalah sebab Allah telah membuka peluang kepada kita untuk menentukan iman kita.
haa..kan janji Allah itu pasti.so,jom tya diri masing-masing kita ni ada masalah ke?xda?macam tak logik je.mungkin betul kita xda masalah keluarga,msalah kewangan etc tapi tak mustahil kalau kita sebenarnya ada masalah dari segi ibadah,iman,hati dan yang sama waktu dengannya.
sebagai satu contoh,kita ni selalu je solat lewat,kadang-kadang subuh pun boleh je tertinggal.haa,..tu la masalah kita dalam ibadat.jadi Allah dah memberi kita peluang untuk betulkan iman kita,bergantung pada kita untuk bertindak,kalau kita still camni ni sampai ke tua,jawapannya iman kita mmg xmeningkat tapi kalau kita berusaha untuk berubah,jaga solat betul-betul,insyaAllah iman kita akan meningkat.
erm..dan awak2,kamu2,anda2 bolehlah muhasabah apa masalah kepada problem kita sekarang supaya Allah meningkatkan iman kita..
ingatlah kawan-kawan tiada yang lebih manis dari nikmat iman.



Comments: (7)
setelah penat cuti seminggu,tetiba pulak xtau nak wat ape...huu..boleh lak sejak dua menjak ni,asyik cakap boring,bosan dan sama waktu dengannya.banyak mengeluh lah.mcam2 lah.padahal semua2 tu tau je xelok...alahai manusia2.
haa..ni blog pun da berwajah baru tapi..entah apa lak terjadi dengan blog ni.kesian dia..masa tengah2 edit,datang plak rasa boring,pastu terus stop..ni la jadinya..nak baca pun da tak menarik..macam mane ni..malam2 lak susah nak tidur sebab xtau nk wat ape..study???hee..biasa lah bila da bosan tak kan nak study kot..
sebenarnya banyak je kerja.macam minggu ni dah la ada agm umno,pastu minggu depan ada prog DAQ lak..semua2 tu banyak je kerja nk kena buat tapi..ntah..
ni pun nk wat post baru pun xtau nak tulis apa..ha3..
ttttttttttttttttttttuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
Apabila menyebut soal cinta, selalu orang merujuk kepada lelaki dan wanita yang sedang dilamun cinta. Bahkan kebanyakan orang bertanggapan negatif terhadap cinta. Kononnya cinta membawa kepada gejala dosa dan maksiat. Adakah tanggapan itu benar?

  Realitinya, orang yang bercinta dalam kalangan lelaki dan wanita tidak menghasilkan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Hanya sedikit sahaja orang yang bercinta membawa kepada kebahagiaan yang hakiki. Jurang kedua-dua ini menunjukkan bahawa cinta itu suci tetapi dicemari oleh keimanan yang lemah.

  Cinta seharusnya tidak disempitkan skopnya. Bahkan tidak salah percintaan antara lelaki dengan wanita. Bukankah terdapat sebuah hadith yang menyebut bahawa tujuh golongan yang dilindungan arasy yang salah satunya ialah pasangan yang bercinta, bertemu dan berpisah kerana Allah?

  Sebenarnya cinta seseorang sama ada terhadap wanita, keluarga, harta, mahupun negara ada kaitannya dengan Allah dan Rasulullah s.a.w. Walau apapun bentuk cinta seseorang, mestilah kerana Allah dan rasul-Nya. Cintanya kerana kehendak Allah dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

  Meskipun seseorang lelaki bercinta dengan wanita, dia tetap menghormati larangan Allah lalu dia tidak berdua-duaan. Dia memuliakan wanita tersebut kerana Rasulullah s.a.w. memuliakan wanita lalu tidak mahu merosakkan maruahnya. Mereka menyedari hukuman Allah.

  Tetapi semua itu tidak berlaku pada zaman ini, mereka bercinta bukan kerana Allah dan Rasulullah s.a.w. tetapi kerana nafsu dan syaitan. Oleh sebab itulah pada saat kemuncak percintaan mereka akan berlaku perkara yang tidak diingini. Akhirnya mereka terpaksa berkahwin dalam keadaan bakal isterinya hamil.

  Hakikatnya mereka bukan bercinta tetapi berniat jahat menzalimi diri sendiri dan menganiaya orang lain. Cinta yang dilafazkan mempunyai kepentingan peribadi. Sedangkan wanita itu tertipu kerana kejujuran cintanya. Tetapi cintanya itu tidak kerana Allah dan rasul-Nya.

  Oleh hal yang demikian, umat Islam perlu akur dengan perintah Allah ini kerana sesuatu yang disuruh ada faedahnya. Sebaliknya sesuatu yang dilarang ada manfaatnya kepada mereka. Jika manusia mengikutnya, pasti mereka beroleh ke selamatan dan kebahagiaan.

  Begitu juga halnya kalau kita mencintai harta dan segala milik kita di dunia ini, sewajarnya dipelihara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Dalam hal ini Allah memerintahkan manusia membayar zakat. Oleh sebab itu, walaupun terlalu cinta pada harta, mereka tetap kena mengeluarkan zakat dan membantu orang yang susah.

  Kalau umat Islam dan manusia sejagat dapat meletakkan cinta pada tahap yang disebut di atas, pasti mereka akan taat kepada Allah pada semua perintah Allah. Dalam masa yang sama mereka tidak akan melakukan dosa dan maksiat sama ada sewaktu berada di tempat gelap, apatah lagi jika berada di khalayak ramai.

  Orang yang meletakkan cinta di tahap itu bererti mereka benar-benar cinta kepada Allah dan rasul-Nya. Hakikat inilah yang patut difahami oleh umat Islam dan manusia seluruhnya. Inilah dua cinta dalam satu yakni dapat dua cinta dalam satu pakej.

  Dalam hal ini jika seseorang itu bercinta tetapi tidak merasai kewujudan Allah lalu membelakangkan hukum Allah, mereka bukanlah orang yang beriman. Inilah barangkali yang dikatakan "cinta itu buta", mereka tidak dapat melihat pencipta alam walaupun dia mengagumi alam itu.