Dari Abu Abdullah Jabir bin Abdullah Al-Ansari radhiallahu anhuma bahawa seorang lelaki telah bertanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dengan berkata, "Apakah berpendapat kamu jika aku tunaikan solat fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram serta tidak aku tambahkan lagi apa-apa, adakah aku masuk Syurga?" Baginda bersabda, "Ya."
Hadith riwayat Muslim
Hadith ini menceritakan tentang seorang lelaki yang mana keinginannya untuk ke syurga yang disediakan untuk golongan yang bertaqwa.Lelaki itu datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya tentang cara memasuki syurga.
Antara cara-caranya :
Komited Dengan Perkara Fardhu dan Meninggalkan Perkara Haram
Dari kecil lagi kita didedahkan dengan ilmu kefardhuan solat.Menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan seharian kita.Seperti mana dalil Allah~
Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
(an-nisaa:103)
Apabila tiba bulan Ramadhan,setiap umat islam diwajibkan pula untuk berpuasa sebulan dengan mematuhi adab dan memeliharanya kehormatannya.Seperti mana firman Allah~
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu....
(al baqarah:185)
Kemudian kita hendaklah mengikut syariat Allah yakni tidak menghalalkan perkara yang haram dan tidak mengharamkan perkara yang halal.
Apabila kita melakukan apa yang tersenarai di atas,adakah kita dijamin masuk syurga?Syurga merupakan cita-cita dan pencarian terakhir bagi lelaki yang disebut dalam hadith ini.Apabila lelaki ini bertanya pada rasulullah, Rasulullah memberikan jawapan yang menenangkan jiwa dan melapangkan dada.Baginda bersabda kepadanya "Ya"
An-Nasa'i,Ibnu Hibban dan al-Hakim meriwayatkan:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Tiasa seorang hamba yang bersembahyang 5 waktu,berpuasa Ramadhan,mengeluarkan zakat dan menjauhi tujuh dosa besar,kecuali dibukakan untuknya pintu-pintu syurga.Dia memasuki dari man-mana pintu yang dia mahu.Kemudian baginda membacakan:
Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga).
(an-nisaa:31)
Pengajaran Hadith;
-Seorang muslim mestilah bertanya kepada ulama berkenaan syariat Islam supaya kehidupannya berjalan di atas petunjuk dan jiwanya tenang terhadap kesejahteraan amalannya
-Seorang guru perlu memberi ruang kepada pelajar,menggembirakannya dengan kebaikan dan memimpinnya dengan memberikan kemudahan dan galakan.
0 comments:
Post a Comment