Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
sempena mgu peperiksaan ni,nak wish sket gud lark ke semua kwan2 dan snior2.Study betul2 n jngan cepat give up (peringtan tuk diri sendiri gak ni)kan sudah menjadi sunnatullah orang yang berusaha pasti berjaya.kalau kita dah usha sungguh2 tapi nasib tak menyebelahi kita,anggaplah itu adalah satu ujian rahmat dari Allah.Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.Kita sebagai hamba perlu berusaha dan tawakal je.Allah juga berfirman dan mintalah pertolongan dari Allah dengan jalan sabar dan mendirikan solat.insyaAllah jom kita sama2 berdoa agar dipermudahkan untuk menjwab peperiksaan dan dimurahkan rezeki. ~ameen~
1 comments:
selamat ber'exam'...
Post a Comment