Wahai Adam...
Adam….Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta
semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari
tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah
jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan
darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana
aku buruan syaitan.
Adam…Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih
ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah
sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika
bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah
dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa, kaumku sendiri
rupanya!
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun, jika begitu
maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang
mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi
semestinya tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Tentu engkau lebih tahu dari diriku sendiri.
Adam…Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan
aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang
merungsingkan aku. Tetapi, aku risau, gundah dan
gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi
sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi
isterimu. Ah..semuanya sudah aku maklumi.
Namun…terasa berat pula untukku nyatakan isi perkara
pokoknya…
Adam…aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang
menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum
wanita. Kau diberi amanah untuk mendidikku, kau diberi
tanggungjawab untuk menjagaku, malah untuk memerhati
dan mengawasi gerak perilaku aku agar sentiasa di
dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu, Allah azzawajalla…
Tetapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah
terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai
menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari
landasan yang sepatutnya lebih lurus, jalan yang
ditetapkan asalnya Allah mahukan aku tinggal tetap di
dalam rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di
bandar-bandar bukan patutnya menjadi jejak kaki ini.
Jikapun ada, patutnya engkau lebih maklum tentu kerana
aku hanya terpaksa, tetapi aku tak lupa untuk menutup
seluruh tubuh dan aurat perempuanku, darilah hujung
rambut( kalau tak botak), hinggalah hujung kakiku yang
ayu.
Tetapi…realitinya kini, hawa telah mengada-ngada,
telah lebih dari yang sepatutnya!
Adam…mengapa kau hanya membiarkan aku begini? Engkau
mahu aku jadi isteri, aku sudah buat. Engkau mahu aku
jadi ibu pada anakmu, juga aku telah laksanakan.
Engkau mahu aku jadi seorang guru, juga aku anggukkan
kepala. Engkau lihat, aku telah menjadi ibu dan guru
pada anak-anakmu. Engkau suka kan? Tetapi, pada masa
yang sama juga, adakah engkau faham, aku telah menjaja
diriku ke muka dunia, menguruskan hal Negara, aku ke
hutan memikul senjata…padahal engkau hanya mampu duduk
goyangkan kaki, sambil menyanyi lagu Mariah Carey
lagi. Seronokkan? Engkau lihat, ada antara kaummu yang
mengganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku
panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi
menyinsing peha…seksi kan? Tetapi aku masih baik,
masih mahu selamatkan Negara kita. Apakah sekarang
engkau tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang
kasih sucimu terhadap perempuan baik seperti aku?
Adam...Marahkah jika ku katakan andainya Hawa
terpesong, maka Adam lah puncanya, engkaulah yang
patut tanggung! Mengapa begitu Adam?! Ya!! Ramai orang
berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai
mendidik, kononnya kita ni macam orang tak pernah
pergi sekolah. Jika murid bodoh, guru yang tidak
pandai mengajar, seolah tak ada sijil universiti
lulusan dari Amerika! Adam…kau selalu berkata, hawa
memang degil, tak mahu dengar kata, tak suka makan
nasihat (sebab kami suka makan coklat ajer), kepala
batu (walaupun rambutku pakai syampu sunsilk)! Pada
fikiranku ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu
dahulu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti
didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Memang engkau bukanlah seorang Nabi, tetapi sedarlah
bahawa namamu seorang Lelaki?! Engkau kenal siapa itu
lelaki? Kau tanya dirimu, adakah kaum Adam melayani
kaum Hawa sama adilnya seperti psikologi Muhammad
terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh
dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam…Kau sebenarnya imam dan tentulah aku menjadi
makmumnya. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau
adalah seorang ketua. Tentu kau suka kan Adam-atau
lebih patut ke Hawa memanggil diri Adam sebagai Boss?
Kau hanya mampu duduk tersengih. Itu sahajakah yang
mampu kau hadiahkan? Ketua-jika kau benar, maka
benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya
kelebihan akal dan aku banyak dilebihkan dengan nafsu.
Akalmu sembilan (9), nafsumu satu (1)…akalku (1),
nafsuku beribu! Banyakkan Adam?! Oleh itu, pimpinlah
tanganku kerana aku ini seorang yang pelupa, aku juga
lalai dan alpa. Aku banyak kekurangan. Sering juga aku
tergelincir ditolak sorang oleh nafsu dan
kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah.
Perdengarkanlah daku mengenai kalimah syahdu daru
Tuhan kita agar dapat menjadi terang hidupku ini.
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku, agar aku menjadi
mujahidah kekasih Allah!
Adam…andainya kau masih lalai dan alpa dengan
karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para
sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita
tunggu dan lihatlah, dunia ini akan kau saksikan
hingga menjadi hancur bila kaumu sendiri yang akan
mentertawakanmu, kerana pada masa itu tentu kaum Hawa
berpeluang memerintah Negara! Malulah engkau Adam!
Malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhan kita
yang engkau agungkan…Jika hari ini kau tidak mampu
berganjak, engkau tunggu dan lihatlah...nantazir wa
nara...ilal liqa`
juz copy @http://senjahati.multiply.com/journal/item/14
3 comments:
afwan mgkin bhsa yg digunakan mgkin agak kasar..
walau apa2 pun ana berpendapat wanita harus lebih bertegas..waallahua'alam
Dalam perkara ni, menjadi tanggungjawab kepada muslimat utk mencari seorang muslimin yang betul2 mampu menjaganya dari segi agama dan lain2. Usah sekadar menerima atas dasar2 duniawi, kelak akan membawa bencana ke atas diri sendiri.
perempuan2 yg baik utk laki2 yg baik dan laki2 yg baik utk perempuan2 yg baik pula..(24:26)
P/s:Sesungguhnya ALLAH itu maha adil lagi maha bijaksana.Jadi percayalah padaNYA^^
Post a Comment