Advertise Here

~{*MuJahiDaLQuluB*}~

- Another Blogger Blog's


Pagi ini engkau mungkin marah aku kerana kita tak solat subuh bersama-sama,
maafkan aku kerana tak sanggup untuk kejutkan dirimu yang sedang nyenyak tidur,
walaupun lewat tapi sekurang-kurangnya kita sempat bangun subuh,
maafkan aku kerana hari ni mungkin kerana kata-katamu membuatkan hati aku terasa,
tapi aku tak sepatutnya layan perasaan tu,
sebab dengan perasaan tu boleh buat dirimu sakit,
aku tahu kadang-kadang engkau pun terasa dengan kata-kata ku,
tetapi engkau tak pernah tunjukkan,
malah engkau mampu lagi melemparkan senyuman ikhlasmu,
tapi kadang-kadang aku mendengar keluhan darimu,
mungkin engkau terasa penat melayan karenah diriku,
yang kadang-kadang degil,
yang kadang-kadang seperti keanak-anakan,
maafkan aku kerana terus membiarkan dirimu bersabar apabila bersamaku,
sebenarnya kesabaran dirimu yang membuatkan diriku terasa dimanjakan,
jika itu silap aku tegurlah aku,
maafkan aku kerana mencari dirimu di kala aku ditimpa masalah,
dan engkau sanggup mendengar semua keluhan mahupun cerita suka dan dukaku,
tetapi aku masih lagu tertanya kenapa engkau tak mencariku dikala engkau ditimpa masalah,
bodohkan persoalanku,
sepatutnya aku kena sedar yang aku sebenarnya tak layak mendengar masalahmu,
sebab tu aku tak pernah bertanya apabila raut wajahmu menyuarakan masalahmu,
satu saja nasihat dariku,
kalau engkau memerlukan telinga daripadaku,
aku sedia pinjamkan,
tapi mungkin aku tak mampu memberi engkau pinjam mulutku yang jahat ini,
hari beransur malam,
mungkin aku tak mengenal pagi,petang mahupun malam,
hidupku pasti menyakitkan hatimu,
jika dirimu mempunyai diari,
mesti aku tak sanggup membacanya,
kerna ku tahu tentu banyak kisah kesabaran seorang sahabat,
hari ini aku mengakhiri malamku tanpa sepatah kata maaf pun,
walaupun aku sedar akan kesilapanku,
tetapi dengan kehendak Allah,
tiada lagi hari esok untukku rupanya,
sahabatku,
aku benar-benar sakit disini,
aku benar-benar takut disini,
kerana aku bukan lagi bersama dirimu,
tetapi harapanku engkau maafkanlah aku setelah membaca warkah ini,
supaya ringan siksaan terhadap diriku di sini.


MusicPlaylist
MySpace Playlist at MixPod.com

2 comments:

bintang said...

sedih baca...
isbir~~
innallahama'ana ya ukhti...

Anonymous said...

tersentuh hati am baca post aina yang ni^^;

Post a Comment