Advertise Here

~{*MuJahiDaLQuluB*}~

- Another Blogger Blog's

Soalan: Adakah kita boleh membeli barangan daripada sumber-sumber Israel kerana hasil wang ini akan digunakan untuk membantu meningkatkan persenjataan Yahudi?
Jawapan dari Syeikh Yusof Al Qardhawi:
Adalah suatu kewajiban jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam. Jihad ini adalah suatu yang wajib dan kewajiban yang mulia terutama sekali bagi mereka yang menduduki tanah air yang dirampas tersebut. Jika penduduk tanah air tersebut tidak mampu menghalang serangan tersebut, umat Islam di sekeliling
tanah air tersebut diwajibkan untuk membantu. Jika ini juga tidak mencukupi, kesemua orang-orang di Islam di dunia ini wajib membantu.
Palestin adalah tanah Qiblat pertama umat Islam, tanah di mana berlakunya Isra’dan Mi’raj, tanah Al Aqsa yang diberkati. Penakluk adalah mereka yg memiliki sikap permusuhan yang besar dan mereka dibantu oleh negara terkuat di dunia pada masa ini iaitu Amerika Syarikat dan Komuniti Antarabangsa Yahudi.
Jihad adalah wajib ke atas mereka yang merampas tanah dan mengeluarkan penduduk-penduduknya, menumpahkan darah, menceroboh kehormatan, memusnahkan rumah kediaman, membakar ladang pertanian dan merosakkan  tanah air.
Jihad adalah tugas utama ummah ini. Muslim dituntut untuk melaksanakan ini dahulu iaitu pertama bagi mereka yang tinggal diatas tanah tersebut, kemudian jiran tetangga dan akhirnya seluruh orang-orang  Islam.
Kita mestilah bersatu dalam menghadapi penceroboh. Kita bersatu diatas asas Islam termasuk kesatuan keyakinan terhadap shari’ah,kesatuan keyakinan di atas Qiblat yang pertama dan juga kesatuan di dalam menghadapi kesusahan dan harapan sebagaimana yang disebut olehAlah dalam surah Al Anbiyaa’, ayat 92. Allah S.W.T. berfirman, “Sesungguhnya ummat ini adalah ummat yang satu”.
Allah juga berfirman dalam surah Al Hujuraat ayat 10, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” .
Ada sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain; dia tidak boleh menzaliminya, menyakitinya dan menghinanya” . (HR Muslim)
Sekarang kita lihat bagaimana saudara-saudara kita dan anak-anakmereka di Gaza dan bumi berkat Palestin telah mengorbankan darah dannyawa mereka semata-mata kerana Allah. Semua Muslim mestilah membantu mereka dengan apa sahaja yang termampu.
Jika seseorang meminta di atas nama agama, kita wajib membantumereka. Kenderaan untuk bantuan ini adalah pemboikotan sepenuhnyaterhadap semua barangan musuh2 mereka. Setiap riyal, dirham, ringgit, dolar dan sebagainya yang digunakan untuk membeli baranganmereka akhirnya akan menjadi peluru yang akan dimuntahkan ke arah saudara2 kita beserta ahli keluarga mereka di Palestin.
Bagi tujuan ini, adalah menjadi kewajiban untuk tidak menolongmereka (musuh2 Islam) dengan membeli barangan mereka. Dengan membeli barangan mereka adalah sama dengan membantu kezaliman, penindasan dan pencerobohan mereka. Membeli barangan mereka boleh menguatkan mereka; tugas kita adalah melemahkan mereka sedaya mungkin.
Kewajiban kita adalah menguatkan saudara2 kita yang berjuang diPalestin sana sedapat mungkin. Jika kita tidak mampu menguatkansaudara2 kita , kita berkewajiban pula untuk melemahkan musuh2 kita. Jika kelemahan mereka tidak dapat dicapai kecuali melalui usaha boikot, maka kita wajib boikot mereka.
Barangan Amerika adalah sama dengan barangan Israel iaitu dilarang. Adalah juga dilarang untuk mempromosikan barangan2 ini. Amerika hariini adalah Israel kedua. Mereka menyokong sepenuhnya entiti Zionis. Perampas ini tidak mampu melakukan semua ini tanpa mendapat sokongan Amerika. Segala kemusnahan dan kerosakan tanpa justifikasi yangdilakukan oleh Israel menggunakan wang Amerika, senjata Amerika dankuasa Veto Amerika. Amerika telah melakukan ini berpuluh tahun tanpa merasakan apa-apa kesan tindakbalas atau protes terhadap kezalimandan sikap prejudis mereka terhadap dunia Islam.
Masa sudah tiba untuk umat Islam mengatakan “TIDAK” kepada Amerika, “TIDAK kepada syarikat2 mereka dan “TIDAK” kepada barangan2mereka yang memasuki pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan menaiki kenderaan menggunakan barangan keluaran Amerika.
Saidina Ali R.A. pernah berkata, “Kamu menghadapi tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu dan musuh kepada kawan kamu”.
Amerika Syarikat hari ini adalah lebih daripada kawan kepada musuhkita (Zionis Israel); mereka akan sanggup berkorban segalanya untukIsrael. Jumlah 1.3 bilion umat Islam boleh menyebabkan kesakitan kepada Amerika dan syarikat2 mereka jika kita memboikot mereka. Iniadalah kewajiban agama kita dan inilah Jalan Allah. Setiap Muslimyang membeli barangan Israel atau Amerika dalam keadaan mempunyai alternatif dari negara lain atau sumber lain telah melakukankesalahan yang terjatuh dalam kategori “Haram”. Mereka dengansengaja telah melakukan dosa besar yang merupakan kesalahan di sisihukum Allah yang boleh dikenakan hukuman dari Allah dan dibenci oleh masyarakat.
Saudara2 kita di Israel dan Amerika telah dipaksa untuk menghadapi mereka dan membeli barangan mereka. Allah tidak memaksa kamu melakukan apa yang tidak mampu kamu lakukan. Buatlah apa yang
termampu sahaja.
Allah berfirman dalam surah At Taghaabun ayat 16,”Takutilah Allah menurut kesanggupanmu… .”
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jika aku menyuruh kamu untuk membuat sesuatu, buatlah sekuat yang kamu mampu”.
Muslim di Amerika Syarikat seharusnya memilih untuk bekerja dengan syarikat-syarikat yang paling minima menunjukkan permusuhan terhadap umatIslam dan yang paling minima menyokong Zionis Israel. Hendaklah kitamemboikot syarikat2 Zionis sedaya mungkin.
Orang-orang Arab dan Muslim hendaklah memboikot semua syarikat yang cenderung ke arah Zionis dan menyokong Israel tanpa mengira darinegara mana syarikat tersebut beroperasi (contohnya Marks and Spencer) dan sesiapa sepertinya yang menyokong Zionis dan membantu rejim Israel.
Boikot adalah satu senjata yang berbisa yang digunakan di masa silamdan masa kini. Ianya digunakan oleh orang2 Arab Jahiliah di Makkahterhadap Nabi kita Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya. Ia memberi kesan yang besar terhadap Rasulullah S.A.W. dan para sahabatsehingga mereka terpaksa memakan daun-daunan. Ia juga digunakan olehpara sahabat nabi untuk melawan orang Arab Jahiliah di Madinah. Dizaman kini, kita melihat ada negara-negara yang menggunakan “boikot”dalam perjuangan mereka untuk membebaskan diri dari penjajahan. Yangpaling masyhur adalah Mahatma Gandhi yang menyeru seluruh rakyat
India memboikot barangan Inggeris yang cukup berkesan.
Boikot adalah senjata yang ada di tangan rakyat sesebuah negara danmasyarakat. Kerajaan tidak boleh memaksa rakyatnya untuk membelibarangan dari sesebuah negara. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menghalang musuh agama dan negara kita dan menghantar mesejyang jelas bahwa kita masih hidup dan umat ini tidak akan mati,insyaAllah.
Boikot mempunyai beberapa kesan yang berbagai:
1. Ia mendidik umat kita tentang bagaimana untuk membebaskan diri dari lingkungan terhadap kehendak manusia lain yang akan menyebabkan kita menjadi hamba kepada mereka yang sebenarnya tidak
memberi apa-apa manfaat kepada kita bahkan mungkin memberikankeburukan.
2. Boikot adalah satu cara untuk menunjukkan sikap persaudaraanIslam dan kesatuan ummah. Adalah satu kewajiban untuk membuktikanbahwa kita tidak akan berlaku curang terhadap saudara2 kita yang melakukan pengorbanan setiap hari. Kita tidak akan bersama-samamelakukan perbuatan yang boleh menguntungkan pihak musuh.
3. Boikot ini merupakan penghalang yang agak minima yang akan
memberi kekuatan yang lebih kepada perjuangan saudara2 kita di bumi Anbia dan barisan hadapan jihad.
Jika setiap Yahudi di dunia ini berfikir bahwa setiap mereka adalahtentera, dan menyokong Israel sekuat mungkin, begitu jugalah kitasetiap Muslim yang mempersiapkan hati nurani dan hartanya adalah tentera untuk membebaskan Al Aqsa. Yang paling minima seseorangMuslim boleh buat adalah boikot barangan musuh mereka.
Allah berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah  penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”
Jika pengguna yang membeli barangan Yahudi atau Amerika melakukan dosa besar, lebih-lebih lagi peniaga yang membeli barangan ini danmenjadi agen adalah pelaku dosa yang lebih besar walaupun syarikat itu menggunakan nama yang lain, mereka mengetahui bahwa mereka sebenarnya cuba untuk menipu manusia lain.
Umat Islam seluruh dunia adalah di seru untuk menzahirkan kewujudan mereka dan memperlihatkan kehendak mereka untuk melindungi tempat yang suci. Umat Islam mesti mengenal siapa sahabat mereka an siapa musuh mereka. Umat Islam ditegah untuk mendedahkan diri terhadap kelemahan dan penindasan serta menerima perdamaian yang bersifat zalim dan berat sebelah yang disogok oleh Zionis Israel.
Allah S.W.T. berfirman dalam surah Muhammad ayat 35, “Jangan kamu menghina diri kamu dan meminta perdamaian sedangkan kamu dalam keadaan yang kuat dan Allah bersama kamu…”
Wanita-wanita dan anak-anak perempuan kita yang menjaga keperluan rumah mempunyai tugas untuk dilaksanakan dalam soal ini yang mana ianya lebih penting berbanding tugas seorang lelaki kerana wanita2
lebih memahami keperluan rumah dan membeli apa-apa yang akan masuk ke dalam rumahtangga. Mereka mempunyai pengaruh untuk membimbing anak2 lelaki dan perempuan. Mereka harus menanamkan kesedaran jihad terhadap anak-anak dan menunjuk ajar perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk umat ini termasuk sebab2 kenapa ianya perlu dilakukan dan juga apa yang perlu dilakukan kepada musuh umat ini terutama dalam isu boikot ini. Apabila anak-anak kita memahami, mereka akan melaksanakan tugas boikot ini dengan penuh dedikasi dan akhirnya akan mempengaruhi ibubapa mereka.
Saya menyeru mereka-mereka yang beriman kepada Allah, orang-orangKristian dan lain-lain untuk berdiri bersama-sama kita dan menyokongyang benar dan kebenaran terhadap kepalsuan, menyokong keadilan terhadap kezaliman. Marilah bantu untuk memenangkan yang lemah yangdibunuh setiap hari di Jalan Allah semata-mata untuk melindungitempat yang suci.
Saya juga menyeru pekerja2 negara Arab dan Muslim lain di seluruhdunia untuk menyokong umat Palestin dalam usaha-usaha murni mereka dan tunjukkan kemarahan mereka dengan menzahirkannya di hadapan
kuasa2 besar yang angkuh dengan menganggu jaringan perniagaan mereka sekuat tenaga yang mungkin.
Akhirnya saya menyeru cerdik pandai dan mereka yang mempunyai pengalaman di setiap negara untuk menyusun kelompok2 bagimemperkuatkan kempen boikot ini, membina alternatif2 dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang buruk dan melaksanakan usaha-usahamendidik masyarakat sehingga perkataan yang benar itu dijulang danperkataan yang batil itu dihapuskan. Sesungguhnya perkataan yang
batil itu akan hancur dan musnah.
Katakanlah, bekerjalah!, sesungguhnya Allah akan menyaksikan kerja-kerja kamu, RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan kembalike alam yang ghaib dan menyaksikan dan kamu akan mengetahui apa yangkamu perbuat.”
Fatwa ini berdasarkan dalil2 dari sumber Al Quran dan As Sunnah dankesepakatan ulama’dan ummah. Allah Yang Maha Besar lebih mengetahui.
Al Faqir Ilallah
Yusof Al Qardhawi
Comments: (0)
Alhamdulillah semalam selesai sambutan hari raya aidiladha..time2 raya aidiladha mesti teringat kat kampung2 sebab musim ni banyak agihan daging-daging korban..kalau telefon atok ni mesti atok akan mengadu pening-pening kepala..baca tweet kawan-kawan pun ramai cakap pening2 gara2 makan daging kambing..naseb baik dilahirkan kurang berminat dengan daging2 even mahal kan (tak biasa makan yang mahal2 ni..^^)
Ok la..entry kali ni bukan lah nak menyalahkan daging kan..apa2 pun yang kita makan kalau berlebihan mesti akan membawa kemudaratan..time muda2 ni sama2 kita jaga makan n kesihatan..(ehem2..pesanan untuk diri sendiri : kurang gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman)

Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan salam aidiladha..semoga di hari yang mulia ni kita ambil kesempatan  untuk menghayati sejarah pengorbanan nabi ibrahim dan nabi Ismail.

Jom renungkan sejenak..
Kita mesti rasa dah terlalu kita berkorban kan..berkorban masa tenaga untuk ibubapa,untuk kawan-kawan,untuk adik beradik..tpi berapa banyak kita berkorban untuk dijalan ALlah..untuk tarbiyah..
Tahniah buat kawan-kawan yang banyak berubah sebab berubah ke jalan kebaikan,berubah dari zaman jahiliyah kepada zaman tarbiyah adalah satu pengorbanan yang sangat besar,terlalu besar..

Kalau dulu kita lah ratu hiburan..tanya ke siapa BIG BANG, Girl Generations n lain2..macam air je jawab kan..tapi sekarang bila tanya siapa salahuddin al ayubi..dengan mudahnya kita mampu mengolah sejarah kegemilangan beliau membebaskan al aqsa dan bumi palestin..~
Kalau dulu pantang ada lagu baru,kita lah orang pertama yang hafal..tapi sekarang alhamdulillah juzuk 30 sentiasa bermain-main dalam hati~
Kalau dulu kita tak tahu pun apa itu usrah,apa itu daurah tapi sekarang kita yang menguruskan usrah,kitalah yang menguruskan daurah..sampai satu tahap kita diberi kepercayaan untuk menguruskan program Qiam..~



Bukan senangkan nak berubah..semuanya memerlukan pengorbanan..Tapi hasilnya sangat manis,hasilnya dapat memberi ketenangan jiwa..Jangan mengeluh,Jangan penat dan jangan putus asa..kuatkan pergantungan kita dengan ALlah..Pengorbanan yang kita lakukan sebagai bukti cinta kita kepada Allah dan Rasul..Semoga Allah membalas cinta kita..mabrook kawan2..=))
Comments: (0)
Kehidupan hari ini memanggil hati kecil ini untuk mula menulis. Sedih melihat keadaan sekarang yang dikelilingi dengan pelbagai masalah terutamanya masalah social dan yang paling berat masalah agama dan akidah..Tak perlu teropong jauh ke Negara-negara eropah,negara timur tengah cukuplan kita mengintai segenap di Negara kita ,Malaysia. Subhanallah speechless~

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.
 (QS. 66:6)

Kadang-kadang saya risau mampu ke saya menyelamatkan orang yang paling saya sayang iaitu keluarga saya sendiri supaya mereka tak terpengaruh dengan dunia Islam liberal..Alhamdulillah perubahan dalam diri ayah sebagai ketua  keluarga, keinginan mama untuk memperbaiki diri sedikit sebanyak meringankan kerisauan saya . Dan apa yang saya harapkan saya sebagai anak, sebagai kakak, sebagai adik mampu menjadi qudwah dalam keluarga yang baru cuba merangkak memahami tarbiyah..

Semakin lama semakin rasa berat dengan jalan tarbiyah. Apa yang bakal terjadi dengan adik-adik yang semakin membesar , masih wujudkah suasana Islam ketika itu?Masih adakah golongan yang berani bersuara menegakkan akidah Islam? Nauzubillah..Ya Allah peliharalah ahli keluarga kami, zuriat-zuriat kami dan saudara-saudara Islam kami daripada tipu daya mereka yang tiada penat lelah menjatuhkan agamaMU..~
Comments: (0)
Sebelum start cuti ayah selalu pesan,cuti nanti jangan pergi jalan jauh-jauh..Tapi perancangan trip akhawat-akhawat Isma Korea ke Daegu(dekat sikit dari busan) buat saya teringin sangat join sekali.Tak sangka ayah izinkan walaupun perjalanan seoul ke daegu  memakan masa 3 jam lebih (naik bas) dengan meredah lebuhraya korea(lebuhraya ke?) betul lah kut sebab banyak sangat terowong2..terasa kagum sebab sebelum ni highway malaysia tak sebanyak tu pun terowong..teringat masa zaman kecik-kecik kalau tengah tidur sepanjang perjalanan ke KL,ayah mesti kejutkan bila sampai terowong..



INILAH JAULAH..~
Sepanjang perjalanan akhawat ditugaskan untuk mentadabbur surah ar-Rahman..Subhanaallah menarik sangat surah ar-Rahman..Allah banyak kali ulang "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"
Kalau kita teruskan membaca memang tiada satu pun nikmat Allah yang boleh kita dustakan..
Surah ar-Rahman juga banyak menerangkan tentang penciptaanNya yang agung dan hebat kadang rasa sukar nak digambarkan terutamanya kehidupan di syurga dan neraka.
(haa..kalau nak tahu,cepat2 bukak surah ar-Rahman dan baca terjemahannya,mesti perkataan Subhanallah akan meniti di bibir kita)

Pendakian bermula 2 km

Setiap persinggahan di daegu,kami disajikan bukan sahaja makanan jasmani tapi juga makanan rohani..Antaranya kisah
Semua tajuk2 ini banyak berkait dengan semangat dakwah.Pernah dengar tak kisah Aminah Al Jauhari yakni pemimpin akhawat dari katil sakit..Hebatnya beliau,walaupun diuji dengan pelbagai penyakit(Jantung & Kencing Manis) tetapi tetap thabat di jalan Allah.Gelaran isteri bukanlah satu alasan untuk mengurangkan had laju di jalan dakwah.Beliau juga digelar "isteri yang taat & ibu yang sabar" sehingga suaminya Ustaz Mahmud Al-Jauhari dalam bukunya bertajuk Al-akhawat Al-Muslimat, menggambarkan isterinya sebagai seorang yang tidak pernah lalai dari tanggungjawabnya sebagai isteri walaupun sibuk dengan tugasan-tugasan dakwah. Hari-harinya dimulakan dengan menunaikan tanggungjawabnya di dalam rumah dan terhadap suami dan anak-anak. Setelah selesai, beliau akan keluar untuk memberi ceramah-ceramah di masjid-masjid dan melaksanakan amal-amal dakwah. Dan pada tengaharinya pula, beliau akan kembali ke rumah untuk bersedia menyambut kepulangan suaminya.

Wallahualam..kalau ada peluang,jangan segan bersama-sama kami dalam jaulah akan datang..insyaAllah..semoga Allah memberkati usaha akhawat-akhawat semua..:)


Nak tambah sikit lagi,balik je terus kol ayah,ayah cakap lain kali boleh pergi lagi tapi jangan jauh2 sgt..Dah perlahan2 ayah lepaskan..nanti sampai lah saya ke new zealand.(sambil berangan)
Dari Abu Abdullah Jabir bin Abdullah Al-Ansari radhiallahu anhuma bahawa seorang lelaki telah bertanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dengan berkata, "Apakah berpendapat kamu jika aku tunaikan solat fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram serta tidak aku tambahkan lagi apa-apa, adakah aku masuk Syurga?" Baginda bersabda, "Ya."

Hadith riwayat Muslim


Hadith ini menceritakan tentang seorang lelaki yang mana keinginannya untuk ke syurga yang disediakan untuk golongan yang bertaqwa.Lelaki itu datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya tentang cara memasuki syurga.
Antara cara-caranya :
Komited Dengan Perkara Fardhu dan Meninggalkan Perkara Haram

Dari kecil lagi kita didedahkan dengan ilmu kefardhuan solat.Menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan seharian kita.Seperti mana dalil Allah~

Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
(an-nisaa:103)

Apabila tiba bulan Ramadhan,setiap umat islam diwajibkan pula untuk berpuasa sebulan dengan mematuhi adab dan memeliharanya kehormatannya.Seperti mana firman Allah~

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu....
(al baqarah:185)

Kemudian kita hendaklah mengikut syariat Allah yakni tidak menghalalkan perkara yang haram dan tidak mengharamkan perkara yang halal.

Apabila kita melakukan apa yang tersenarai di atas,adakah kita dijamin masuk syurga?Syurga merupakan cita-cita dan pencarian terakhir bagi lelaki yang disebut dalam hadith ini.Apabila lelaki ini bertanya pada rasulullah, Rasulullah memberikan jawapan yang menenangkan jiwa dan melapangkan dada.Baginda bersabda kepadanya "Ya"

An-Nasa'i,Ibnu Hibban dan al-Hakim meriwayatkan:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Tiasa seorang hamba yang bersembahyang 5 waktu,berpuasa Ramadhan,mengeluarkan zakat dan menjauhi tujuh dosa besar,kecuali dibukakan untuknya pintu-pintu syurga.Dia memasuki dari man-mana pintu yang dia mahu.Kemudian baginda membacakan: 

Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga).
(an-nisaa:31)

Pengajaran Hadith;
-Seorang muslim mestilah bertanya kepada ulama berkenaan syariat Islam supaya kehidupannya berjalan di atas petunjuk dan jiwanya tenang terhadap kesejahteraan amalannya
-Seorang guru perlu memberi ruang kepada pelajar,menggembirakannya dengan kebaikan dan memimpinnya dengan memberikan kemudahan dan galakan.



Apa maksudnya ye?Tarbiyah di atas ketaatan maksudnya kita ditarbiyah untuk meningkatkan ketaatan kepada Allah..Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda bagi golongan yang berada dalam jalan tarbiyah dan terus thabat di jalan ini..
Kalau kita betul-betul memahami konsep ini, kita akan buat baik tanpa dipaksa,tetapi dari situ la kita dapat rasakan seolah sedang memikul satu beban yang sangat berat sebab baru kita faham sebenarnya jalan dakwah bukanlah jalan yang mudah,bukanlah jalan pintas untuk mendapatkan syurga Allah..Syurga Allah kan mahal (^_^)

Golongan yang berada di jalan dakwah ini yakni para duat akan berlumba-lumba dalam perkara kebaikan, cintakan saudaranya dan sentiasa berusaha untuk membersihkan hati.

"Golongan yang pertama masuk syurga ialah mereka yang mengutamakzn kebaikan dan kebersihan hati di atas dasar ketaatan kepada Allah"

Hati yang ada iman di dalamnya akan sentiasa menolak nafsu.Tapi iman akan berkurang dan bertambah bila-bila masa sja sebab itulah tugas kita sebagai manusia wajib memeriksa hati dan sentiasa bermujahadah.
haa...harini dah periksa hati ke belum?tepuk dada tanya iman..:)
BERMULA BARAKAH


Saya akur tidak ramai pasangan yang mahu melangkah ke alam rumahtangga dewasa kini, sibuk memikirkan tentang keberkatan pernikahan. Berawal mula dari perhubungan lelaki dan perempuan di dalam tempoh pertunangan, seterusnya persiapan dan penyediaan majlis kenduri perkahwinan yang selari dengan ajaran agama, hingga membawa kepada cara dan nilai hidup yang diamalbudaya di dalam rumahtangga.

Rata-rata, ramai bermula dengan kebimbangan pada memilih jodoh yang sepadan. Yang cantik biarlah sama padan dengan si tampan. Yang berharta biarlah sesuai dengan yang berpangkat dan ternama. Seterusnya, kerisauan itu bertali pula kepada memikirkan belanja untuk perjalanan majlis resepsi yang bakal dilalui. Mereka menginginkan ia berjalan penuh kehebatan, pakaian yang gah berseri, jemputan VVIP dan lain-lain lagi.

Pendek kata, serba serbi ingin melebihi majlis perkahwinan pasangan lain sebelum ini. Jika boleh, biarlah pengalaman menjadi raja sehari ini, adalah unik dan tersendiri. Maka lahirlah pelbagai tema dan konsep majlis bagi memenuhi impian ini. Antaranya, garden weddings, fairy tales, Arabian Nights dan pelbagai lagi.

Andai barakah di dalam perkahwinan itu diukur dari padanan rupa, harta dan keturunan, juga kehebatan majlis perkahwinan, maka sudah pasti Rasulullah SAW menggesa umatnya berbelanja besar lagi mewah untuk meraih keberkatan yang dijanjikan TUHAN.

Namun, hakikat sebenar keberkatan itu bermula dari bagaimana ikatan serta perhubungan dua jiwa itu disempurnakan. Sebagaimana penegasan rasulullah SAW di dalam sabda baginda yang bermaksud :

“Wanita yang paling agung keberkatannya, adalah yang paling ringan maharnya.” (Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, Al-Baihaqi dengan sanad yang sahih)

Juga sabda baginda yang bermaksud :

“Sesungguhnya, kata Rasulullah SAW : ‘termasuk dari keberuntungan perempuan adalah mudah lamarannya, ringan mas kahwinnya dan subur rahimnya.” ( Hadis riwayat Ahmad)

Selanjutnya baginda juga mengingatkan di dalam sabdanya yang lain, yang bermaksud :

“ Seseorang yang menikahi wanita kerana kedudukannya, Allah akan menambahinya kehinaan, yang menikahinya kerana kekayaannya, Allah hanya akan memberinya kefakiran, yang menikahinya kerana nama besar keturunannya, Allah justeru akan menambahkan ke atasnya kerendahan. Namun, lelaki yang menikahi wanita hanya kerana menjaga pandangan mata dan memelihara nafsunya atau untuk mempererat hubungan kasih sayang (silaturrahmi), maka Allah akan memberkati lelaki itu dan memberi keberkatan yang sama kepada wanita itu sepanjang ikatan pernikahannya.” ( Hadis riwayat at Tabarani )

Untuk itu, sewajarnya, bukan rupa, harta,keturunan dan kehebatan majlis resepsi yang dikejar, tetapi kelangsungan jalinan yang dihiasi ketaqwaan dan keimanan itu yang harus diusahakan. Mewah dan gah tetapi menyalahi syari’at ALLAH, tidak akan menghadirkan barakah, bahkan menempah murka ALLAH SWT semata. Na’uzubillah min zaalik.

RUMAHTANGGA YANG BARAKAH

“Abang, apa kayu ukur pada keberkatan dalam sesebuah rumahtangga? Adakah rasa bahagia hanya bila tiada masalah? Kalau rumahtangga yang bermasalah, adakah itu bermakna tiada keberkatan di dalamnya?” Suatu ketika saya cuba bersoal jawab dengan suami.

“Tak semestinya…” Ringkas jawapan suami.

“Macam mana pula tu…ada masalah tapi masih barakah?” Saya menyoal semula.

“Ada masalah atau tidak bukan penentu keberkatan dalam rumahtangga. Tapi, tanda arasnya ialah sejauh mana ajaran agama digunapakai oleh pasangan suami isteri dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang melanda. Jika masalah yang hadir menghampirkan mereka kepada pelaksanaan hak dan tanggungjawab terhadap agama, ia tanda berkat. Sungguhpun begitu, jika masalah yang berlaku itu sehingga meruntuhkan sebuah rumahtangga yang terhalang dari pelaksanaan tanggungjwab agama, itu adalah masalah yang membawa berkat juga..seperti firman Allah, “bala yang membawa kebaikan” Suami membalas dengan merujuk kepada firman Allah dalam surah al-Anfaal ayat 17.

“Yelah bang…rumahtangga Nabi pun ada cubaan dan dugaannya, inikan pula rumahtangga manusia biasa. “ Saya mencelah. Suami menganggukkan kepala, mengiyakan kata-kata saya.

“Sebab itu walaupun faham memahami, kepercayaan, cinta dan kasih sayang itu merupakan keperluan dalam perkahwinan, namun tidak boleh tidak, ia mesti diikat dengan iman dan taqwa kepada ALLAH SWT. Kalau tak, maka jadilah nilai faham, percaya, kasih dan cinta itu rapuh dan mudah gugur bila digoncang ujian. Kasih sayang yang lahir bukan kerana ALLAH, sehingga jika pasangan melanggar suruhan agama pun didiamkan sahaja. Rumahtangga yang begini, bukan berkat yang dapat, sebaliknya laknat dan murka ALLAH kerana mengingkari ajaran-NYA.” Suami mengingatkan. Saya hanya tunduk membenarkan.

Saya menginsafi, perkara penting yang menentukan barakah atau tidak di dalam sesebuah perkahwinan ialah komitmen suami isteri. Ke mana hala tuju rumahtangga mereka mahu dibawa. Setiap perkara yang wujud di dalam rumahtangga harus menjadi sumber yang menghampirkan ahli-ahli di dalamnya kepada Yang Maha Berkuasa. Bukan persoalan mahal atau murah, bagus atau tidak tetapi apakah ia dapat atau tidak dipertanggungjawabkan di sisi ALLAH kelak.

Baik harta, suasana di dalam rumah, perhiasan yang digunapakai, bahkan dalam mengalunkan lagu di rumah juga biarlah sesuai dengan apa yang disukai ALLAH SWT. Ringkasnya, rumahtangga yang wujud itu adalah rumah yang berorientasikan ALLAH, demi mengharap cinta, rahmat dan keredaan-NYA.

Semoga dengan aliran reda-NYA itu, ia akan berubah menjadi limpahan barakah yang dapat pula dinikmati oleh orang lain di sekitar mereka.



 Kayu ukur pada sebuah keberkatan di

dalam perkahwinan itu adalah pada memaknakan setiap nikmat kurniaan ALLAH SWT

itu, baik ia harta, anak pinak dan jawatan sebagai usaha-usaha kebaikan dan

kebajikan untuk meningkatkan iman dan taqwa pada diri penghuninya.