Advertise Here

~{*MuJahiDaLQuluB*}~

- Another Blogger Blog's

Comments: (2)
think n think again,
life 4 thinking,
how 2 stop thinking?
dun think about ur problems,
problems will let us 2 more thinking,
so,
forget them..
ops!!
u think is it easy??
juz think psitive
let's be a new person..
how?
juz think n start..
adeii..
think again..^^;;

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir
Al A'raaf;176
Comments: (4)

إِنَّهُ يَعْلَمُ الْجَهْرَ مِنَ الْقَوْلِ وَيَعْلَمُ مَا تَكْتُمُونَ
Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati).
Al-Anbiyaa':110

betul gak ayat ni ea...boleh nak wat maksiat tapi dengan syarat jangan bagi Allah nampak..haa..bila n kat mana ea?Even dalam hati kecil pun Allah tahu.Subhanaallah...Kita boleh menipu hati kita kepada manusia melalui luaran mahupun tindakan tetapi kita tidak boleh lari daripada kuasa penglihatan Allah..Sesungguhnya di akhirat kelak bukan lagi manusia yang menilai kita tetapi Allah..didunia janganlah kejar redha manusia tetapi kejarlah redha Allah..insyaALlah....sama2 kita betulkan niat supaya hati ini bersih dari segala titik hitam...


selesai solat jemaah asar di masjid itaewon,terdengar satu suara yang sedang mengajar lafaz
أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله
aina,safra n min pun try la jengok2 dari atas,subhanaallah....ini lah pertama kali kami melihat dengan non-muslim convert to Islam..Terharu sangat-sangat bila dapat lihat,betapa sucinya dosa hamba baru Allah.Dia dengan mudah dan agak lancar melafazkan khalimah syahadah.Dengan wajah yang gembira dan tenang,dia dipeluk dan menyambut salam dari saudara barunya.Alhamdulillah zaman sekarang makin ramai yang berminat dengan Islam.Bila tengok agenda tadi,teringat kisah zaman2 sahabat yang begitu hebat dizaman jahiliah tetapi setelah diberi hidayah,mereka lah paling hebat di zaman keislaman mereka..subhanaallah,semoga saudara baru kita tadi dapat mencontohi para sahabat Rasulullah yakni sama2 bersemangat menegakkan Agama Allah..
Ya Allah jangan lah engkau palingkan hati mereka setelah engkau memberi cahaya hidayahMu kepada mereka..

kisah bilal memeluk Islam...

Bilal bin Rabah (Bahasa Arab بلال بن رباح) adalah seorang budak berkulit hitam dari Habsyah (sekarang Ethiopia) yang masuk Islam ketika masih diperbudak. Setelah majikannya mengetahui bahwa Bilal masuk Islam, maka Bilal disiksa terus menerus setiap harinya guna mengembalikannya agar tidak memeluk Islam. Tetapi Bilal tidak mau kembali kepada kekafirannya dan tetap melantunkan "Allahu Ahad, Allahu ahad...".Pada akhirnya Bilal dimerdekakan oleh Abu Bakar dan menjadi sahabat setia Rasulullah saw sampai-sampai Bilal dalam sebuah hadits diceritakan bahwa Rasulullah saw pernah bermimpi mendengar suara terompah Bilal di surga. Ketika hukum syariat adzan diperintahkan oleh Allah orang yang pertama kali disuruh oleh Rasulullah untuk mengumandangkannya adalah Bilal bin Rabah dan suara Bilal memang sangatlah merdu.

hee..main copy cni je
http://id.wikipedia.org/wiki/Bilal_bin_Rabah


Comments: (3)
hee..ada new post ag..ni saje2 je nak tulis.xtau nak wat apa bangun pagi2.kononnya tdo awal pastu bangun before subuh nak study tapi lain lak jadinya.duk study sorang2 time sunyi2 ni makin kuat lak berangan.tambah lak lebih kurang sebulan lagi balik malaysia,mulalah duk fikir nak beli apa,balik nnti nak g mana,nak wat apa..huu..
Byak je dah berangan nak wat apa cuti nanti.haa..cakap pasal beli barang ni,pening gak duk pqir...dah la sdara2 ramai,semua nya rapat lak tu.kna beli untuk semua la ni(merungut lak)..mama lak duk bimbang kalau beli brang byak2,tkut kna cukai..xpsal2 mama pesan xyah beli apa2 untuk dia..isk2..xda la banyak sgt pun beli..dengan adik sekali pesan beli brang yang biasa2 je ke dia..bunyi cam merajuk je 2 orang ni..hee..nyway insyaAllah xkna kut cukai mama.
xsabar2 nk balik ni.macam mana la Malaysia sekarang ea..cewah..apa2 pun rindu sangat2 dengan kampung..rindu nak jumpa pak cik2 yang selalu lepak kat kedai atok..hee..da lama xkna kacau dengan pak cik2..
duk tengah2 berangan duk pqir lak b4 balik ni kena exam dulu..lmbatnya abes exam cepat2 pastu da boleh siap2 nak balik.
haa..arini duk main2 kat setting blog,baru tau yang kita bley follow blog orng lain as anonymous..adeii..susah la kalau buta IT ni..pastu tdi excited lak duk gatal2 tukar setting blog.kawan2..i'm still follow your blog but not as a public.
k la..makin mengarut lak nnti kalau tulis panjang2..ni pun sje2 je nak munulis..

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.
-Pepatah Arab"


MusicPlaylistRingtones
Music Playlist at MixPod.com



Today upon a bus I saw
A girl with golden hand
And in my heart I wished
That I was just as fair
When suddenly she rose to leave
I saw her hobble down the aisle
She has one leg and wore a crutch
But as she passed I smiled.

Oh Allah , oh Allah
Forgive me when I whine
I have two legs to walk upon
And the world is mine.

I stopped to buy some candy
Met a boy who had such charm
We talked he seemed so happy
If I were he’d do no harm
As I left he said to me
“Thank you, you’ve been so kind,
It’s nice to talk with folks like you,
You see, you said I’m blind.”


Oh Allah , oh Allah
Forgive me when I whine
I have two legs to walk upon
And the world is mine.

Later that day on my way
I saw a boy with eyes of blue
He watched the other children play
And he did not know what to do
I stopped to watch him then I said,
“Why don’t you join the others still?”
He kept on looking straight ahead
And I knew he could not hear

Oh Allah , oh Allah
Forgive me when I whine
I have two legs to walk upon
And the world is mine.

With legs to take me where I’d go
With eyes to see the sunset glow
With ears to hear what I know
All the world is mine.
I stopped for a moment,
Just look how much I have
Everywhere, in all our lives
These are his signs.

Oh Allah , oh Allah
Forgive me when I whine
I have two legs to walk upon
And the world is mine.

Oh Allah , oh Allah
Forgive me when I whine
I have two legs to walk upon
And the world is mine.


boring...main2 edit gmbar bunny & barbie

sungguh,manusia diciptakan bersifat suka mengeluh.Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh resah.dan apabila mendapat kebaikan dia jadi kikir.Kecuali orang-orang yang melaksanakan salat.Mereka yang tetap setia melaksanakan salatnya.
{Al-Ma'arij:19~23}



Comments: (5)


bila tengok video ni,rasa terharu sebab ada juga kaum adam yang masih bimbangkan kaum hawa.Maafkan diri ini adam jika kerana diri ini telah banyak merosakkan hati dan telah banyak memberikan fitnah ke atas diri Adam.
Sedih la bila renung diri ni balik..tak tahu bila nak berubah.Yang paling sedih apabila ingat balik pergaulan diri ini dengan kaum adam.mungkin silap diri ini yang selalu mengambil sikap terbuka sedikit dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.Mungkin juga perangai diri ini di zaman persekolahan masih lagi terbawa-bawa sehingga ke hari ini.SubhanaAllah,masih ingat lagi tyme form 1~3,masa tu b4 masuk sbp.Memang tak dapat dinafikan pergaulan lelaki dan perempuan hanya sekadar tidak boleh menyentuh kulit antara satu sama lain.Perbualan antara lelaki dan perempuan seolah-olah tiada batasan.Mungkin sebab itu,hari ini aina kurang merasa segan dan seolah-olah tidak kekok apabila berhadapan dengan seorang lelaki.Diri ini selalu jeles dengan kawan-kawan yang Allah kurniakan mereka perasaan takut dan segan apabila berhadapan dengan lelaki.tapi bila fikir2 balik,Alhamdulillah diri ini hari ini tidak lagi seteruk masa-masa lalu kerana hari demi hari makin banyak faham tentang pergaulan dan sekurang-kurangnya Allah menolong diri ini mudah untuk berubah dari sudut lain.terkesan dengan kata-kata seorang rakan,dia cakap Allah akan memberi Hidayah kepada setiap manusia melalui pelbagai sudut dan bersyukurlah dengan setiap hidayah yang dikurniakan.kerana kita bukanlah sempurna.
Diri ini masih terlalu hina dan tidak layak untuk menerima hidayahMu kerana diri ini terlalu lemah untuk menerima ujian disebalik HidayahMu.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang layak untuk hambaMU.

"Ya Allah janganlah Engkau membiarkan setiap gerak geri setiap langkah dan setiap perkataan kaum hawa mengheret kaum adam ke lembah nerakaMu.Permudahkanlah urusan antara kami" ~ameen~
doa dari semua kaum hawa,sama-samalah kita ameenkan..
Comments: (3)
hee..datang korea ni ramai la yang tegur,pipi tembam la,nampak makin sihat la duk korea..adeii..
tapi bila tengok kawan-kawan ramai gak yang makin tembam sejak datang korea ni..makan sedap ni..nak2 dah tau masak ni,lagi la.rasa lapar je mesti masak..
tak pasal2 je ada azam nak diet la,xnak makan lepas pukul 10 malam la..hee..macam la diet kawan2..xpe2...insyaAllah..usaha tangga kejayaan.nnti b4 balik malaysia boleh la ni turun 3 4 kg..
btw,aina dah lama nak kongsi info ni,tapi asyik lupa je..
ni ada info pasal diet yang menarik..hee..nnti xyah la nak pikir"rasa cam dah makan sikit,p gemuk gak"..insyaAllah..info ni boleh membantu.tapi jangan lak salahkan aina kalau berat tak turun ea..
haa..ni diet ni disusun mengikut jenis darah masing-masing..
yang ni tuk sape2 yang berdarah AB
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek : Yogurt

Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

sowi..aina copy paste yang darah AB je,sebab aina berdarah AB...sape2 yang berdarah A ke B ke O ke nak baca lebih lanjut boleh la klik je kat simbol iluvislam bawah ni.

kalau tak kurus2 gak,ari2 la kita g exercise kat anyang cheon..hee

Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!

sama-samalah kita betulkan niat kita,biarlah kita berdiet untun mudahkan ibadat kita kepada Allah dan bukanlah untuk kelihatan cantik semata-mata.
ingatlah kekenyangan yang melampau di dunia adalah kelaparan kita di akhirat...waallahu'alam

p/s:
dah la kasik aina makan cucur banyak2..darah AB kena kurangkan makan makanan yang bergandum..huu..hilang satu fvrite..









"ala besarnya baju ni,sepatutnya beli size m.nad,boleh lah tlong ejazkan sikit."masih ingat lagi rungutanku.
Astaghfirullah,bila muhasabah balik,dalam sehari berapa kali je manusia mengucapkan Alhamdulillah.Mungkin ada yang tak pernah.Kalau pernah pun,sebab selsema..lepas bersin ucaplah la Alhamdulillah.
Mengapa hamba seperti kita,yang sentiasa dilimpahi rezeki dan nikmat bukan sahaja mudah lupa untuk melahirkan rasa syukur kepada Allah,malah kita still rasa xcukup dengan kurniaanNya.
Kehidupan manusia kebanyakannya bermula dengan memohon pertolongan dari Illahi tetapi jarang sekali berakhir dengan lafaz syukur kepada Allah.
Sebelum tidur hambaMu mengharapkan hari esok,tetapi hari esok hambaMu lupa untuk membaca

Sebelum makan hambaMu menadah tangan mengharapkan berkat dari rezekiMu,tetapi apabila kenyang hambaMu lupa untuk membaca
dan mungkin banyak lagi hambaMu lupa akan nikmatMu
Ya Allah janganlah engkau jadikan hambaMu ini sentiasa dalam kekufuran.Biarlah hambaMu sentiasa merasa cukup dengan kurniaanMu.Ampunilah hambaMu..

Dan setelah datang kepada mereka Al Quran dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka[70], padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka la'nat Allah-lah atas orang-orang yang ingkar itu. al-baqarah:89
Comments: (3)

Hopefully masih belum terlambat nak post artikel ni semata-mata nak wish happy mother's day kepada semua ibu2 kat seluruh dunia but for da special one,mama
  • selamat hari ibu
  • semoga hubungan mama & family sentiasa bersulamkan kasih sayang dan rahmat Allah.
  • semoga mama sihat2 selalu.
  • doakan kami anak2 mama supaya menjadi anak2 yang taat
  • even ain xda,ain tau mama tetap sayang ain..
thank banyak2 sebab mama banyak bersusah payah untuk anak-anak.hee..terutama ain kut masa kecik2 dulu.sebab mama kecik2 dulu ain sokmo merajuk.kesian mama kena sabar tapi thnx banyak2 mama sebab mama tak ikut sangat karenah ain time kecik2.kalau tak mesti sampai sekarang ain wat perangai kan.sekarang ni,mama kena layan adik lak,sabar ea mama.sekejap je,nnti insyaAllah bila anak2 mama dah besar,semua xkan wat mama beban lagi.

insyaAllah,Allah tahu hanya hati seorang ibu sahaja yang mampu bertahan dan setiap kesabaran mama Allah akan hiaskan dengan perhiasan syurga dan pahala.

hari-hari mama mesti penat,pagi-pagi kena bangun awal,kemas-kemas rumah,pastu balik je kerja kena masak lagi.Alhamdulillah ada hikmah rupanya ain datang korea sebab ain seolah2 dapat merasa walaupun sedikit bagaimana kehidupan seharian mama dulu.cuma yang membezakan ain dan mama,mama kena layan ayah dan ain pulak hanya seorang student.baru ain tahu camne sakitnya kalu mama mengadu sakit sebab penat buat kerja.

ain harap sangat2,ain balik malaysia nanti,ain xkan jadi macam ain dulu(xkan malas2 ag)hee..insyaAllah dengan berkat doa mama,kami adik beradik akan terus hidup bahagia dan jadi anak yang soleh@solehah.haa..mama,xyah la bimbang kalu ain n adik kawin nnti sebab insyaAllah kami akan usaha untuk dapatkan suami yang sayang mama jugak.(mama tolong pilih je la)hee....

special card 4 you mom..

http://animoto.com/play/wtTqCYsPMC8H84nVCwv00Q/s/mothersday2009





ya Allah minggu ni rasa macam dah banyak kali tidur lepas solat subuh..sekarang ni subuh makin lama makin awal.(cewah salahkan subuh lak)sebenarnya rasa rugi sangat2 kalau tidur lepas subuh ni,kadang2 masa pun rasa sekejap je berlalu.bangun2 pagi belum sempat wat apa2 dah pun masuk zohor,pastu masak,makan,tup2 dah pun asar.lepas asar xkan kononnya dah mindset,mna boleh stdy lepas asar..adoi,,camni ni je ke masa remaja dihabiskan.kadang-kadang xda masa nk amik tau pasal kisah saudara2 kita sama ada di malaysia dan yang paling penting saudara kita di gaza.rupa-rupanya sekarang ni dah heboh2 pasal berakhirnya zionis.Alhamdulillah sikit2 Allah menolong hambaNya yang tak putus2 dengan semangat pertahankan Islam.


Bila tengok remaja-remaja di palestin bukanlah seperti remaja di negara-negara lain yang sibuk dengan dunia.kadang-kadang menuntut ilmu pun sebab dunia.Walaucamne pun,zaman sekarang ni tiada siapa pun yang boleh menandingi keberanian rakyat di palestin.

وَيَقُولُ الَّذِينَ ءَامَنُواْ لَوْلاَ نُزِّلَتْ سُورَةٌ فَإِذَآ أُنزِلَتْ سُورَةٌ مُّحْكَمَةٌ وَذُكِرَ فِيهَا الْقِتَالُ رَأَيْتَ الَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمْ مَّرَضٌ يَنظُرُونَ إِلَيْكَ نَظَرَ الْمَغْشِىِّ عَلَيْهِ مِنَ الْمَوْتِ فَأَوْلَى لَهُمْ - طَاعَةٌ وَقَوْلٌ مَّعْرُوفٌ فَإِذَا عَزَمَ الاٌّمْرُ فَلَوْ صَدَقُواْ اللَّهَ لَكَانَ خَيْراً لَّهُمْ - فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُواْ فِى الاٌّرْضِ وَتُقَطِّعُواْ أَرْحَامَكُمْ - أَوْلَـئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَـرَهُمْ
Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata: "Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)?" Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.

Adakah kita juga termasuk dalam golongan di atas,yakni takut kepada kematian apabila diperintahkan perang.Kadang-kadang mulut fasih mampu melontarkan kata-kata keberanian tetapi hatilah yang lebih mengetahui segalanya.Nauzubillah...Sesungguhnya kita masih lagi belum diuji seberat mana saudara kita diuji.Saudaramu disini hanya mampu mengirimkan doa dan semoga dengan doa yang kami alirkan dimakbulkan Allah.
Waallahu'alam..

Comments: (25)

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain .Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa
yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah
ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...
ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...
akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu
mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu
makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
waallahua'alam..

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang
menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah
besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap
manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan
ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.


Comments: (0)
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَـوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ أَفَلاَ تَذَكَّرُونَ

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? (45;23)

Mudah-mudahan kita bukanlah dari golongan yang disesatkan oleh Allah.Hanya rahmat dan hidayah Allah yang mampu menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.Apakah yang kita rasa kalau melakukan larangan Allah dan meninggalkan perintah Allah?sama-samalah tepuk dada tanya iman..
waallahua'alam