Advertise Here

~{*MuJahiDaLQuluB*}~

- Another Blogger Blog's

ya Allah minggu ni rasa macam dah banyak kali tidur lepas solat subuh..sekarang ni subuh makin lama makin awal.(cewah salahkan subuh lak)sebenarnya rasa rugi sangat2 kalau tidur lepas subuh ni,kadang2 masa pun rasa sekejap je berlalu.bangun2 pagi belum sempat wat apa2 dah pun masuk zohor,pastu masak,makan,tup2 dah pun asar.lepas asar xkan kononnya dah mindset,mna boleh stdy lepas asar..adoi,,camni ni je ke masa remaja dihabiskan.kadang-kadang xda masa nk amik tau pasal kisah saudara2 kita sama ada di malaysia dan yang paling penting saudara kita di gaza.rupa-rupanya sekarang ni dah heboh2 pasal berakhirnya zionis.Alhamdulillah sikit2 Allah menolong hambaNya yang tak putus2 dengan semangat pertahankan Islam.


Bila tengok remaja-remaja di palestin bukanlah seperti remaja di negara-negara lain yang sibuk dengan dunia.kadang-kadang menuntut ilmu pun sebab dunia.Walaucamne pun,zaman sekarang ni tiada siapa pun yang boleh menandingi keberanian rakyat di palestin.

وَيَقُولُ الَّذِينَ ءَامَنُواْ لَوْلاَ نُزِّلَتْ سُورَةٌ فَإِذَآ أُنزِلَتْ سُورَةٌ مُّحْكَمَةٌ وَذُكِرَ فِيهَا الْقِتَالُ رَأَيْتَ الَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمْ مَّرَضٌ يَنظُرُونَ إِلَيْكَ نَظَرَ الْمَغْشِىِّ عَلَيْهِ مِنَ الْمَوْتِ فَأَوْلَى لَهُمْ - طَاعَةٌ وَقَوْلٌ مَّعْرُوفٌ فَإِذَا عَزَمَ الاٌّمْرُ فَلَوْ صَدَقُواْ اللَّهَ لَكَانَ خَيْراً لَّهُمْ - فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُواْ فِى الاٌّرْضِ وَتُقَطِّعُواْ أَرْحَامَكُمْ - أَوْلَـئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَـرَهُمْ
Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata: "Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)?" Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.

Adakah kita juga termasuk dalam golongan di atas,yakni takut kepada kematian apabila diperintahkan perang.Kadang-kadang mulut fasih mampu melontarkan kata-kata keberanian tetapi hatilah yang lebih mengetahui segalanya.Nauzubillah...Sesungguhnya kita masih lagi belum diuji seberat mana saudara kita diuji.Saudaramu disini hanya mampu mengirimkan doa dan semoga dengan doa yang kami alirkan dimakbulkan Allah.
Waallahu'alam..

0 comments:

Post a Comment