Advertise Here

~{*MuJahiDaLQuluB*}~

- Another Blogger Blog's



bila tengok video ni,rasa terharu sebab ada juga kaum adam yang masih bimbangkan kaum hawa.Maafkan diri ini adam jika kerana diri ini telah banyak merosakkan hati dan telah banyak memberikan fitnah ke atas diri Adam.
Sedih la bila renung diri ni balik..tak tahu bila nak berubah.Yang paling sedih apabila ingat balik pergaulan diri ini dengan kaum adam.mungkin silap diri ini yang selalu mengambil sikap terbuka sedikit dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.Mungkin juga perangai diri ini di zaman persekolahan masih lagi terbawa-bawa sehingga ke hari ini.SubhanaAllah,masih ingat lagi tyme form 1~3,masa tu b4 masuk sbp.Memang tak dapat dinafikan pergaulan lelaki dan perempuan hanya sekadar tidak boleh menyentuh kulit antara satu sama lain.Perbualan antara lelaki dan perempuan seolah-olah tiada batasan.Mungkin sebab itu,hari ini aina kurang merasa segan dan seolah-olah tidak kekok apabila berhadapan dengan seorang lelaki.Diri ini selalu jeles dengan kawan-kawan yang Allah kurniakan mereka perasaan takut dan segan apabila berhadapan dengan lelaki.tapi bila fikir2 balik,Alhamdulillah diri ini hari ini tidak lagi seteruk masa-masa lalu kerana hari demi hari makin banyak faham tentang pergaulan dan sekurang-kurangnya Allah menolong diri ini mudah untuk berubah dari sudut lain.terkesan dengan kata-kata seorang rakan,dia cakap Allah akan memberi Hidayah kepada setiap manusia melalui pelbagai sudut dan bersyukurlah dengan setiap hidayah yang dikurniakan.kerana kita bukanlah sempurna.
Diri ini masih terlalu hina dan tidak layak untuk menerima hidayahMu kerana diri ini terlalu lemah untuk menerima ujian disebalik HidayahMu.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang layak untuk hambaMU.

"Ya Allah janganlah Engkau membiarkan setiap gerak geri setiap langkah dan setiap perkataan kaum hawa mengheret kaum adam ke lembah nerakaMu.Permudahkanlah urusan antara kami" ~ameen~
doa dari semua kaum hawa,sama-samalah kita ameenkan..

5 comments:

2ndstopsolution said...

prinsip mempertahan batas ikhtilat makin terhakis...

cupin cipon said...

ape maksud 2 amade?

Bisikan Cinta~ said...

maksud amade adalah prinsip mempertahankan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan makin terhakis...so,muhasabah diri masing2 x kira lelaki mahupun perempuan supaya maruah diri masing2 terpelihara^^

musytaquljannah said...

insyaAllah...setiap ajran Islam bukanlah sesuatu yang membebankan tetapi mnusia yang suka bebankan..hee..xssah pun kalau kita semua sama2 menjga..

hanif3117 said...

gogo aina....

Post a Comment